Monday 16 June 2014

Cinta Khaliq .

 
 

”Bila CINTAMU kenal ILAHI, jadilah CINTAMU BERSTATUS TINGGI.”- Ustazah Fatimah Syarha.
 
”Apa-apa yang membawa ke SYURGA, itulah CINTA.”- Hilal Asyraf.
 
Bila manusia terlalu asyik dibuai dengan keindahan cinta dunia, cinta manusia, hukum DIA dicampak entah ke mana-mana. 
Bila ‘cinta’ yang selama ini dipertahankan bertahun-tahun lamanya, terputus di tengah jalan, mulalah hati rasa kecewa, merana, putus asa. Kadangkala, tidur tak lena. 
Makan tak rasa apa-apa. 
Segalanya hambar, kosong, tidak terdaya. 
Ibaratnya, hidup sudah tiada makna.

KAMU. Iya, kamu. 
Kamu yang sedang patah hati kerana ‘cinta manusia’.
Aku mahu tanya. 

Adakah ini ‘cinta’ yang kita agung-agungkan?
Cinta yang membuat kita futur dari Tuhan?
Cinta yang membuat kita berputus asa dari AL-RAHMAN?
TIDAK SAMA SEKALI. Ini bukan cinta. Ini malapetaka.

KAMU. Iya, kamu.
Kamu yang sedang MENZALIMI HATI YANG ALLAH AMANAHKAN UNTUKMU.
Sedarkah bahawa kita sedang menzalimi hati kita dengan cinta manusia?
Aku mengerti. 
Aku mengerti akan tuntutan fitrah yang satu itu.
Aku juga manusia. Manusia biasa yang punya hati dan perasaan, sama seperti kalian.
Aku bukan robot, yang hatinya tidak pernah wujud.
Kita sama-sama punya ‘rasa cinta’,tapi cara kita MENGURUSKAN CINTA itu berbeda.
Aku tidak kata, aku arif menguruskan fitrah cinta. TIDAK.
 
Tepuk dada , tanya iman :')
 
Taken from : I LUV ISLAM

4 comments:

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️