Friday 24 July 2015

Cinta Halal by Aiman Banna

  



"Ulang baca Al-Fatihah sekali lagi"

"Baca Al-Fatihah macam budak tadika."

"Huruf ni baca kena jelas!"
Satu demi satu peluru ditembak tepat kepada Lysa.
Headshot!
Huarghhh. Kena hentam dengan pak ustaz ini pulak dah. Dia ni tak faham ke aku dah berkurun tak baca Al-Fatihah. Last time aku baca masa tadika. Itu pun ramai-ramai. Ramai-ramai baca dengan member tadika, itu pun aku kumat-kamit je mulut aku.
"Termenung apa!?" Ustaz Ameer memecahkan dunia angan Lysa.
"Ye la ye la baca laa ni"
Ameer mengeluh panjang.

"I'll be back next week. Make sure baca lancar bila saya check!" Pesanan ditinggal Ameer sebelum meninggalkan banglo 3 tingkat itu.
"Kalau tak saya nak report kat Daddy" Sedikit ugutan diselit.
Lysa mencebik. 'Ada aku kisah?' Bagi Lysa itu ialah kemerdekaan selama seminggu since pak ustaz hanya datang seminggu sekali.
'Dugaan oh dugaan' Ameer getus dalam hati.
Terpaksa.

Kalau tidak memang dia tidak mahu menjadi "Ustaz Personal" keluarga Tan Sri Fayyaz. Semuanya bermula sejak 2 minggu lepas, masa kat kedai makan. Masa itu  Ameer beratur untuk membayar makan minumnya.

"15 ringgit dan 60 sen kesemuanya" cashier kedai tu cakap kat Uncle depan dia.
Pak cik tu hulurkan credit card.  

'Amboi, makan kat kedai kecil seciput ni pun guna credit card?'
Tapi malangnya tiada pembayaran menggunakan credit card disediakan. Muka Uncle tu berkerut risau. Dia check dompet. Ada sekeping not merah dan sekeping not hijau.
"Err... ini sahaja saya ada"
Kasihan. Gelisah semacam. 60 sen dihulur daripada belakang.
"No worry Uncle, saya belanja" Ameer hulur.
Niat Ameer nak sedekah. Sedekah yang mampu upgrade pahala, upgrade rezeki dan upgrade opportunity nak masuk Syurga Allah.
Bukankah Allah kata dalam Quran:
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.Surah Al-Hadid : 18
Tergamam.
Uncle tu hanya mampu ucap terima kasih.
Ucapan ‘sama-sama’ dibalas.
Kemudian mereka berpisah. Menuju ke arah tujuan masing-masing.
---
Azan.
Sedap muazzin yang laungkan azan.
"Terima kasih jadi bidan terjun bilal tadi" Tok Imam mohon maaf dan terima kasih diberikan kepada Ameer.
Tok Bilal datang lambat dan kebetulan ketika itu hanya Ameer sahaja yang ada dalam surau itu.
Ameer volunteer menggantikan Tok Bilal dek kerana waktu Asar sudah masuk.
"It's not a problem laa" Ameer bajet speaking Inggeris dengan Tok Imam.
Terkial-kial campur tergagap-gagap Tok Imamnya membalas, cuba nak speaking juga . Ameer gelak, tok imam pun gelakkan dirinya sendiri.
"Assalamualaikum. Mana tandas ye?" Soalan misterius tiba-tiba menjengah mereka.
Ameer toleh belakang.

'Ehh, uncle ni bukan yang kat kedai makan tadi ke?' Ameer macam kenal. Muka macam sama je, macam serupa je.
"Kat sana" Tok Imam menunjuk ke arah tandas surau yang agak uzur.
Tiada siapa nak sumbang duit untuk masjid itu. Saham akhirat tu. Sedih.
Uncle itu pun meluru ke arah tandas dengan kelajuan setanding Ussain Bolt.
Manusia yang darurat mengalahkan perang dunia ke-2 memang macam itu. Kalut.
Belum lagi bila Umat Manusia kalut masa sangkakala di tiup kelak.
Allahu, apakah kita sudah bersedia?
---
"Terima kasih untuk tunjuk tandas dan terima kasih belanja saya  60 sen tadi" Ucapan penghargaan dilontarkan kepada mereka diiringi senyuman.
"Sama-sama" Tok Imam membalas serentak dengan Ameer.
"Take this Ameer..."

Tan Sri Fayyaz menghulurkan not biru tua sekeping. Bukan seringgit. Tapi 50 ringgit! Kalau seringgit boleh faham lagi nak kasi baki 40 sen percuma, tapi 49 ringgit dan 40 sen itu sangat banyak!
"Ehh... No thanks laa Uncle" Ameer menolak lembut.
Tan Sri Fayyaz selitkan not tersebut di dalam poket seluar Ameer. "Small matter laa..."

Ameer tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menerima dan mengucapkan terima kasih.
"Ganti balik yang you bagi saya pagi tadi."
Ameer hanya mampu bersyukur.
Benarlah kata Allah :
Orang yang menginfakkan hartanya dalam jalan Allah (sedekah) bagaikan sebiji benih, yang tumbuh daripadanya tujuh tangkai. dan setiap tangkai mengeluarkan  100 benih..
Sedekah akan dibalas dengan berganda-ganda & bertingkat-tingkat lebih baik!
Kemudian Uncle itu pun menuju ke arah kereta. Kereta BMW X5 beb! Kereta mewah itu hanya dimiliki oleh mereka yang kaya.
Ameer teringat something.
Terus Ameer bergegas ke arah Uncle itu.
"Wait. Uncle terlupa something berharga dan penting."
"Eh dompet Uncle jatuh ke?"
"Bukan"
"Oh my IC maybe"

"Not Uncle..."

"Dah tu?"
"But... Your Asar Prayer la uncle" Ameer senyum.
Uncle itu senyap.
"Uncle dah solat?" Ameer mengajukan soalan cepumas.
Dia tahu Uncle belum solat.
Bukannya nak sangka buruk. Bukan juga nak sangka busuk.
Waktu Asar baru masuk dan Uncle itu pun baru datang.

Bukankah Nabi pernah berkata:
Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar
Waktu itu Ameer terpandang ada beberapa orang singgah surau.
"Wah untung Uncle, ada beberapa muslimin lain baru datang. Boleh jemaah!" Ameer selitkan cadangan kepada Uncle.
Serba salah mengulit.
"Should I?" Dia menyoal diri.
"Solat sendiri la... Kat rumah nanti kay?" Uncle cuba mendapatkan discount daripada Ameer. Dia sebenarnya rasa serabut nak solat ramai-ramai sebab lambat sangat jika dibandingkan solat sendiri. Itu pendapatnya.
"Kalau saya bagi Uncle pilihan antara 100 ringgit dan 2,700 ringgit mana yang Uncle pilih?" Ameer mengajukan soalan yang keluar silibus topik.
"Haha. 2,700 ringgit for sure. Siapalah yang tak nak angka besar?" Uncle jawab spontan.
"Solat jemaah dapat 27 pahala dibandingkan dengan solat sendiri. Solat sendiri 1 pahala je..." Ameer menyusun kata-katanya.
"Jemaah 27 kali ganda combo daripada solat sorang. Itu daripada Hadis Nabi." Ameer menambah.
Hadis Nabi:
Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali gandaHadis Riwayat Bukhari & Muslim
Dia senyap. Tak mampu hendak mengujar sepatah perkataan pun.
Segan dengan kegilaannya kepada dunia berbanding akhirat.
Malu kerana dirinya selama ini ego dengan Tuhan.
"Uncle?"
Suara Ameer memecahkan alam angan dia.
"Okay. Jap ye. Let me untie my neck tie first"
"Okay!" Ameer mengukir senyuman. Gembira dia mampu membawa seorang manusia ke arah kebaikan. 

Berjaya menjalankan tugas sebagai seorang Dai'e.
Dia Dai'e. So, act like a Daie.
Siapa Daie?
Siapa ucap La ilaha illa Allah, maka dia seorang Daie.
Simple.
---
"Ameer can I tell you something?" Uncle memulakan perbualan.

"Yeah for sure"

"Uncle first time solat setelah 20 tahun..."

Respon pertama Ameer, senyum. Ameer terkejut sebenarnya.  Terobek dan rabak hatinya apabila mengetahui ada hambaNya yang pandang enteng akan solat. Dek kerana ingin menjaga hati Uncle itu, dia hanya memberi respon senyum.

"So, start from today. Sembahyang la." Ameer balas dengan selamber.

"Sembahyang ni nampak leceh tapi it's actually like a charging station for us dalam menghadapi kehidupan seharian kita... So penting sangat solat ni!" Ameer menambah.

"Charge..? Charge what?"

"Charge pahala. Untuk letak dalam tupperware sebagai bekalan kat Akhirat kelak." Ameer berseloroh.

Uncle itu gelak. Tercuit hati.

"Siapa kata solat tiada efek secara zahir di dunia. Ada!

Pernah rasa hidup kamu dipenuhi masalah?
Kelam kabut.
Sedih.
Banyak marah.
Masa cepat berlalu.
Orang tak layan kita.
Orang yang kita sayang dah tak sayang kita.
Benda kesayangan kita hilang secara tiba-tiba.

Mestilah pernah diselimuti masalah kan? So apa kaitannya dengan solat?

Bagaimana solat, begitulah juga acuan kehidupan.

---

Hidup kelam kabut... 
Datang daripada solat yang kelam kabut 

Hidup bermasalah... 
Datang daripada solat yang bermasalah 
Datang daripada solat yang tiada tama'ninah 

Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang... 
Datang daripada solat yg tidak lengkap, ponteng dan dilambat-lambatkan 

---

Hidup yang cemerlang, rezeki masuk cepat
Datang daripada solat yang cemerlang, solat yang diawal-awalkan.

Hidup yang tenang, semua orang senang dengan kita, layan kita elok.
Datang daripada solat yang tenang, dan kita layan Allah elok [khusyuk]

Hidup yang diredhai
Datang daripada solat yang diredhai.

---


So kalau nak cemerlang, nak berjaya, nak bahagia, nak seronok, nak isteri cantik, suami kacak, anak lawa, exam straight A, exam four flat, nak Syurga, tak nak neraka, semua bermula dari...

Solat yang gempak!

Allah kata: 

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
telah berjaya orang yang beriman.

Siapa yang telah berjaya?

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yg khusyuk dalam solat

Orang berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solat. Mudah ja."


Uncle itu terpegun dengan penjelasan tersebut. Membuatkan dia semakin semangat untuk istiqamah dalam bersolat.
"Ameer..."

"Ye Uncle"
Dia hulur something.
A business card.
Ameer ambil dan lihat business card itu.
Seperti business card korporat.
Tertera kemas atas card berwarna emas itu:
Tan Sri Fayyaz bin Ibrahim
CEO Syarikat Bina Jaya Sdn. Bhd.
"Wah. Tan Sri kot!"
"No wonder kereta BMW X5... Woo~" Ameer mengusik.
"Ehh benda kecik je ni" Uncle ataupun Tan Sri Fayyaz kembang hidung sebentar.
"Siapa yang bagi?" Ameer soal.
"Bagi...? Beli la. Saya usahakan Syarikat kecil-kecilan dahulu lepas itu.... Agak perit pada awalnya..." Tan Sri Fayyaz ingin bercerita dengan semangat.
"Ohh. Baju murah bundle kat badan saya ni Allah yang bagi... Mungkin kereta uncle yang mahal tu pun sama diberi oleh pemberi baju bundle saya ini." Ameer kasi sentap. Kali kedua pada hari yang sama.
Tan Sri Fayyaz senyap lagi. Muhasabah diri seketika.
Bukankah harta kekayaan dan kereta BMW itu Allah yang kasi?
Firman Allah:
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.Surah As-Saba' : 24

"Okay Ameer. I have to go but please give me a call okay?"

"Please give me a call tonight, please..." Nada yang agak merayu dan berharap.

Ameer angguk kepala.

"Tiada masalah. Anything for you la uncle!" Ameer balas sambil buat tabik hormat.

Tan Sri Fayyaz tersenyum gembira, syukur kerana dipertemukan dengan Ameer.
Kereta mewah BMW X5 meluncur laju meninggalkan surau.
Surau yang menjadi saksi Tan Sri Fayyaz solat buat pertama kali setelah 20 tahun.
---
Notification WhatsApp berbunyi.
Uncle Fayyaz send a message.

"Please, I really need someone like you to bring 'cahaya' dalam kegelapan keluarga saya sekarang."

Another message in.
"Atleast sekali seminggu."
Ya Allah, aku tak tahu laa nak terima atau tak. Aku bukanlah baik mana pun. "Aku dalam dilemma!"
Usually ketika dalam masalah, dia akan rujuk Imran, sahabat -iring -tangan -ke -Syurganya. Ameer call. Sebab dia nak immediate advice dari sahabatnya itu mengenai dilemma dia sekarang!
"Assalamualaikum Ustaz Handsome!" suara dihujung talian kedengaran.
"Waalaikumussalam Ulama' Macho, bukan Ulama Mashur..." Ameer balas seloroh Imran.
Menjadi adat sesama mereka memberi gelaran yang baik sesama mereka. Bukankah itu apa yang Nabi Muhammad mahu umatnya begitu?
"Haha. Apacer bro?"
Ameer menceritakan segala. Imran mendengar segala. Setiap luahan mendapat 100% perhatian.
"Ameer, sepatutnya  kau menggunakan peluang itu untuk berdakwah, memandangkan keluarga itu memang perlukan 'cahaya'. Besar pahala beb. Berkorbanlah sikit. Inshaa Allah, Syurga Allah untukmu!"
Imran memberi nasihat sebaik boleh. Dia mahu Ameer berdakwah. Itukan Sunnah Nabi.
Allah berfirman:
Katakanlah (Hai Muhammad): “Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu)  kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”.Surah Yusuf : 108
Conversation antara mereka diakhiri dengan berbalas ucapan Cinta dan Salam sesama mereka.

Ameer tutup mata dan memperbaharui niatnya semula, mengapa dia ada atas muka bumi. Antaranya ialah menjadi seorang Da'ie. Pendakwah yang berdakwah membawa manusia semakin dekat menuju Allah.

Ameer buka mata, dan buka smartphonenya semula. Ucapan bismillah terucap indah.
"Baiklah Uncle Fayyaz, saya terima offer uncle tu" 

Ameer balas message WhatsApp.
emoticon smiley yang menyenangkan hati turut disertakan.
"Thank God. I'll pay you! Minta apa-apa je uncle cuba kasi..!"
Happy benar Tan Sri Fayyaz. Harapannya agar ada "Ustaz Personal" accomplished.
"No need to pay kalau tak saya nak goyang kaki kat rumah! btw Alhamdulillah tu sama maksud thank god ke? ;)" 

 Ameer membalas dengan penuh ugutan professional dan sarcasm.
"Oh okay i'll not pay. btw that's why I want you.


"why?"
"Because you preach me with a nice way, lembut dan sopan. Uncle tak memberontak like i used to be. Thanks Ameer. btw, please tarbiah my family. I really appreciate it!"
Ameer rasa terbeban dengar perkataan dakwah itu. Ada amanah yang besar ke atas dirinya.
"Nabi yang ajar untuk Dakwah orang dengan Hikmah, appreciatelah perjuangan Nabi Muhammad yang sangat hebat itu. Selawatlah ke atas baginda selalu..."

Uncle Fayyaz terasa ketenangan dalam hatinya, ketenangan yang tidak dia peroleh melalui  lambakan hartanya selama ini.


"oh btw ada berapa orang dalam family uncle?"
"Me, and my kesayangan, Lysa. Tu je. Allah bagi sorang je anak."
Hahhh? Anak perempuan?
---
"Kenapa masih sekat bahagian ni? Kamu ni langsung tak improve walaupun selangkah anak kuman."
Kerut dahi Lysa. "Ehh main sedap kutuk aku Pak Ustaz ni. Eeeee geramnya!"
"Apa? Tak dengar?" Ameer angkat kening.
"Bajet tak dengar laa." Lysa membangkang.
Tanpa sebarang amaran, Ameer terus pandang Tan Sri Fayyaz yang sedang fokus melancarkan bacaan Qurannya. Ameer sentuh paha Tan Sri Fayyaz yang di sebelahnya dengan lembut.
"Uncle. Lysa tak dengar nasihat saya dan bangkang saya." Ameer repot. Macam budak kecil.
Lysa ketap bibir. Geram.

'Ish mamat ni bajet je kata aku baca Al-Fatihah macam budak tadika, padahal dia repot-repot ni mengalahkan adik kepada budak tadika!' Lysa menjerit-jerit dalam hatinya.
Tan Sri Fayyaz menghentikan bacaannya dan akhiri dengan 'sadaqallahul'azeem'. Dia memandang Lysa dengan satu pandangan yang tegas sambil mendekatkan diri ke arah Lysa.

"Honey..."
Lysa menundukkan kepala, "Ye Daddy..."

"Dont call me Daddy dear, call me Abah okay?"

"Ishh ni mesti Ustaz yang poyo tu suruh..." Lysa mengeluh manja.

Ameer mengeluh keras. Nak kutuk pun sorok-sorok ah.
'Ehh jap kalau kutuk sorok-sorok mengumpatlah...' Ameer terfikir dalam hatinya.
Allah berfirman:
Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya.Surah Al-Hujurat : 12
Melihat Ameer mengeluh panjang, Lysa tersengih gembira kerana berjaya nak sindir Ustaz. hikhikhik
"Lysa, respect your Ustaz. Lysa baru habis SPM, 18 years old dan Ustaz 21 years old. Respect dia. Nabi ajar macam tu kan?"
Lysa mengeluh perlahan. Abahnya dah jadi Ustaz. Boleh masuk rancangan realiti Pencetus Ummah. nak masuk Imam Muda tak boleh pulak sebab dah tua, masuk rancangan Imam Tua boleh lah. Kehkeh
"Okay boss. Sayang boss ketat-ketat. Lysa nak sambung belajar baca Al-Fatihah dengan Ustaz Poyo..."
Ehh terlepas pula.
"I mean Ustaz Ameer. Err love Daddy so much much mucho. Assalamu'alaikum! Lysa baca dulu ye..."
Geleng kepala Tan Sri Fayyaz dengan kerenah anak tunggalnya "Lysa, lysa..."

Ameer senyum sambil angkat kening dua kali kepada Tan Sri Fayyaz sebagai tanda terima kasih kerana bantu dia attack Lysa.
"Where do we stop just now?" Lysa tanya dengan lembut dan sopan.
Iya laa. Lepas kena 'cuci' & 'basuh' oleh abahnya.

"Ayat 5. Ulang 5 kali"
Lysa menurut perintah tanpa banyak soal.
'Iyya ka na' budu wa iyya ka nas ta 'eeen'
Ayat kelima daripada surah Al-Fatihah dibaca.
Ehh lancar pula Lysa baca kali ini ye? Bangga sikit. hehe.
---
Somebody save me~
Lagu tema Smallville berkumandang.
Adam Lee calling.
Gambar lelaki berkulit putih guna RayBan terpampang besar.
"Huwaa Adam call laa!"
Lysa excited dengan phone call daripada boyfriend kesayangannya itu. Lysa terus menjalankan Voice Testing ala-ala Taylor Swift. Nak suaranya didengar perfect oleh boyfriendnya itu.

"Assalamualaikum..." Lysa memberi salam dengan lembut. Gaya wanita melayu terakhir yang ayu gitu.
"Waalaikumussalam. Try tengok depan rumah awak. ada something i letak. Cepat. Hilang kang. Pi cepat!"
Talian diputuskan.
Lysa terus meluru keluar rumah. Mata Lysa melilau mencari hadiah daripada 'kekasih hati hingga Syurga'nya itu.
"Where is that stuff?" Merungut sendirian. Lama juga mencari. Menyesal pula Lysa ada rumah banglo besar. hehe poyo lebih!

Selepas 5 minit barulah Lysa perasan ada plastik yang digantung. Plastik bergantung dekat penjuru pagar rumahnya. Tinggi sangat digantung tu. Mana Lysa sampai!
Ketinggian Lysa hanyalah 150cm. Ketinggian yang tidak sepadan dengan umur.
Lysa melompat-lompat untuk mendapatkan plastik tersebut. Bersungguh-sungguh Lysa melompat tetapi hanya berjaya merasa tekstur plastik sedikit di hujung jarinya sahaja.
Tiba-tiba, plastik tersebut diambil daripada belakangnya. For sure someone yang tinggi untuk mencapai plastik itu. Lysa toleh ke belakang. Someone yang guna jubah putih, kepalanya ada kain putih. 'Something' yang serba putih!
Terus keluar segala memori mengenai filem Pocong, Pontianak dan Hantu Galah. Semuanya hasil tarbiah filem-filem Melayu bergenre seram yang bertaburan sekarang. Bukan main terkejut Lysa!
Sepakan taek-won-do black belt yang padu dipraktikkan kepada Pak Cik Hantu itu. Dengan kelajuan setanding anak perempuan kepada Usain Bolt, Lysa berlari masuk bilik semula.
Lysa ketakutan. Terus mulut Lysa berkumat-kamit baca Al-Fatihah yang dia belajar daripada Ustaz Ameer.
"Bukankah hantu takut dengan ayat Quran? Kalau berani come here laa baby!"

Hehe. Lysa senyum berbangga menang sambil menggigil ketakutan. Bacaannya malam itu lancar lah pulak tapi tajwid masih berterabur.
"Cik Lysa..." bibik memanggil namanya.
"Ni ada orang guna baju jubah arab dan cermin mata hitam besar bagi" kata bibik sambil menghulur beg plastik yang dalam isinya ada kotak.
Lelaki itu mestiAdam. Adam sangat suka guna cermin mata hitam besar. RayBan la tu. Tapi macam lawak je Adam guna jubah putih. Dah taubat nasuha ke mamat tu? haha
"Terima kasih ya bibik!"
Wahh kotak hadiah besar. Dibalut dengan ribbon merah.
Thanks Adamku sayang. Muahh!
Lysa buka balutan ribbon dan buka kotak tu.
Blouse.
Warna krim muda. Berkilat.

"Cantiknya. For sure mahal gila..."
Lysa cuba pakai. Saiz baju tu just nice. Cuma lengan pendek dan skirt dibawahnya singkat. Blouse itu menampakkan betis, lengannya dan agak ketat dikawasan dada.


Wahh cantiknya.
Lagu Smallville berkicau bising lagi.
Ringtone yang di pasang khas sebagai indikator Adam yang call.
"Dah dapat hadiah special I?"
"Dah. Cantik sangat. Much appreciated. Love you dear..."
"Kalau love dan appreciate jom keluar esok. Midvalley. Amacam?"
"Tapi Lysa ada kelas agama ngan Ustaz Ameer." Lysa teringat 'dating mingguan'nya dengan Ustaznya.
"Come on Lysa, you tahukan I free  hari Sabtu je."
Lysa mengeluh perlahan. "Okay okay i try to negotiate with my Daddy. Kalau tak dapat, Lysa 'lompat pagar' macam biasa laa"
"Muah muahh. Love you so much Lysa. Don't forget to use that Blouse okay?"
"Are you kidding me. Means that you nak Lysa free hair and use the blouse masa dating esok?"
"Yep"
"You tahukan Daddy i marah kalau i buka tudung. Dia kata dia akan dapat dosa and dosa itu akan ease his way no Hell!"
Lysa teringat akan perubahan Tan Sri Fayyaz yang amat drastik. Ayahnya kini seorang Pencetus Ummah dan pencetus keluarganya untuk berubah menjadi lebih beragama. Haha
"And for sure I'm gonna get killed."
"Keluar tu guna laa tudung and jadilah Ustazah Pilihan dulu. Sampai Midvalley tukarlah pakaian kat tandas." Adam memberi cadangan. Cadangan yang diperoleh daripada makhluk laknat Syaitan.
"Okay then. I'll try. Lysa ngantuk. Esok jumpa. Bai darling..."
Talian dimatikan.

Lysa can't do anything. Lysa Cintakan Adam! Dalam hati Lysa dia susah hendak melakukan kehendak Adam. Kerana sekarang Lysa merasakan keindahan dalam menggunakan pakaian menepati Syariat Islam.
Tatkala Lysa bertudung labuh menutupi dada, dia rasa tenang. Kerana tidak menjadi rezeki tatapan nafsu lelaki. Lysa rasa dia lebih bernilai dan mahal dengan berpakaian cara Islam.
Tapi apakan daya. Demi menjaga hati boyfriendnya itu. Dia akan guna juga blouse pemberian Adam.
Lysa silap langkah. Dia sangka langkah untuk mencintai dan menuruti Adam ialah langkah yang terbaik namun Lysa silap. Langkahnya menuju neraka!
Bukankah Allah telah berfirman :
Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang burukSurah Al-Isra' : 32
---
Mission impossible bertaraf antarabangsa bermula.
Mission untuk pujuk Daddy.
"Daddy~" Alunan suara yang penuh manja didayu-dayukan.
"Just tell me what do you want dear." Tan Sri Fayyaz dah masak dengan perangai Lysa. Alunan suara itu hanya akan ada apabila bendera darurat dalam Lysa inginkan sesuatu.
"Lysa nak jumpa kawan hari ni kat Midvalley."
"No no no. Tak boleh."
"Tapi Lysa dah lama tak jumpa diorang." Lysa memujuk.

Padahal nak jumpa Adam je pun. Demi Adam, Lysa sanggup menipu. Hubungan antara Lysa dan Adam dirahsiakan. Lysa beria-ia nak parents dia tahu tapi Adam yang keras tak kasi.
Tan Sri Fayyaz mengeluh panjang. "Kelas dengan Ustaz Ameer macam mana?"
"Tapi Daddy...."
Phone Tan Sri Fayyaz berdering. Qasidah Ya Hanana dendangan pelajar Pondok Baitul Qura' indah kedengaran.
Ustaz Ameer calling. 

Panjang umur.
"Uncle, saya ada urusan penting hari ini. Saya perlu pergi klinik."
"Ohh sakit apa?" risau Tan Sri Fayyaz.

Dengar sahaja perkataan 'sakit' itu, terus Lysa lompat kegirangan. Yeayy!
"Perut saya ni sakit. So, kelas agama hari ini saya ganti esok ye?" Ameer minta kebenaran dengan sopan.
"Okay no problem. Lysa for sure sangat happy sebab dia nak jumpa kawan-kawan lama dia hari ini."
Salam diberi dan dibalas dengan salam semula sesama mereka.
Lysa melompat kegembiraan. Allah permudah urusannya!
Tak sia-sia dia bangun solat subuh dan berdoa pagi tadi. Tak nak bangun pun sebenarnya. Tapi kena paksa keras oleh Daddy. Betullah kata Ustaz Ameer, Allah akan kabulkan setiap doa hambanya. Hihi.
Apa-apa pun, sayang Ustaz Ameer ketat-ketat. Because of him plan Lysa berjalan lancar tiada traffic light dan tol.
Kenapa dengan perut dia?
Ada sedikit kerisauan juga dengan Ustaz Poyo dia tu.
'Okay Daddy. Lysa pergi dulu!'
---
Tudung dan baju muslimah itu dibuka digantikan dengan Blouse pemberian Adam semalam.
"Wahh you look so beautiful!"
Pujian daripada Adam membuatkan Lysa cair.
Lysa masuk peti ais cepat! hehe
"Rambut cantik tapi nak sorok-sorok pulak" kata Adam.
"Bukankah Cantik awak guna Blouse macam ni daripada guna baju besar gedabak macam baju muslimah yang outdated tu..." Adam menambah.
Tapi Lysa tidak suka dengan pakaian dia ketika itu.
Dia sudah Cinta dengan pemakaian bertudung.
Dia sudah Cinta dengan pemakaian pakaian longgar.
Namun perasaan Cinta itu kabur dengan 'cinta sejati'nya dengan Adam!
Seperti yang mereka plan, mereka akan tengok wayang dahulu. Cerita 'Avengers' yang baru keluar hari ini.
Nasib baik mereka sempat dapat tiket untuk dua orang.
Dalam panggung wayang, Lysa duduk sebelah Adam.
Iklan sebelum movie bermula menjadi hidangan mata.
Tiba-tiba Lysa teringat akan peristiwa semalam.
"Awak guna jubah ye semalam? Dah taubat nasuha ye?" Lysa usik Adam.
"You ni nak kutuk I ke apa? Badan I ni allergic tau dengan pakaian macam tu." Adam melenting.

Sungguh kurang adab Adam dengan pemakaian Sunnah Nabi.
Kalau tak nak guna pakaian Sunnah, jangan kutuk orang guna.
Jangan benci orang guna pemakaian Sunnah.
Walaupun kita tidak pakai, atleast kita suka orang amal sunnah.
Ustaz Azhar Idrus kata boleh jatuh kafir bila benci Sunnah.
Bukankah sunnah itu perbuatan Nabi? Kenapa nak benci?
"Oh ye ke? Saja Lysa nak gurau dengan Adam..."
Lysa sudah bingung. Siapa yang bibik dia kata semalam itu?
Lysa ingat Adam nak berubah. Taubat nasuha.
Harapan Lysa jauh meleset.
Redha je laa.
---
"Bestkan movie tadi?"
"Mesti laa best Imran! Gempak ah idea orang barat." Ameer seperti taksub.
"Bukankah bagus kalau idea gempak macam ni kita guna untuk bangunkan Ummah?" Ameer menambah. Sayang benar Ameer kepada Ummah.
Imran senyum. "Ye laa. mesti laa best. Lepas pergi Klinik terus tengok movie. Mana tak syok!"
Mereka gelak bersama-sama.
Mereka memang tunggu semua keluar daripada panggung wayang, supaya tiada persentuhan tangan antara mereka. Mereka juga beli extra seat kat tepi mereka agar tiada ajnabi yang duduk sebelah mereka. Biarlah terpaksa bayar mahal sedikit asalkan terjaga apa yang patut dijaga.
Ada pasangan couple kat belakang mereka. Nak muntah pelangi rasanya dengar perbualan mereka.
Mereka juga tunggu line clear baru nak keluar.
Umur muda macam ni dah spoil. Sedih.
Ini juga salah satu pengaruh barat yang merosakkan Ummah.
"Amar Makruf Nahi Mungkar"
Suruh kebaikan Cegah kemungkaran.
Itulah yang berlegar-legar dalam otak Ameer.
Allah sudah berfirman:
Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) ma'ruf dan mencegah dari kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.Surah Ali-Imran : 104
Dek kerana Cinta Ilahi dan Cinta Nabi, Ameer toleh belakang.
Ingin tarik couple tersebut daripada Neraka dan bawa ke Syurga Allah.

Ameer toleh belakang lalu memberi salam kepada pasangan couple di belakangnya itu.
Ehh..
"Nur Kallysa Humaira binti Fayyaz..!?"
Terkejut.
Tak sangka.
Lysa rupanya.
"What happened to your outfit? Where is you hijab?" Soalan bertalu-talu dilontarkan.
"What happened to you Lysa?" Ameer tidak sangka. Sungguh tidak sangka apa yang dia lihat.
Lysa senyap seribu bahasa. Hati dia bergedup kencang.
Tidak mampu keluarkan sebarang kata.
"Bro, respect sikit dengan awek gua!" Adam cuba berlagak hero.
"DIAM!"  Ameer tempelak
Satu perkataan dan jelingan tajam cukup membuatkan Adam terkedu. Speechless.
"Malam ni WhatsApp saya. Kalau tak saya akan jadi seorang reporter professional antarabangsa kepada Tan Sri Fayyaz!"
Ugutan yang simple tapi mampu membuatkan degupan jantung Lysa dua kali ganda lebih kencang.
Lysa cuak.
Lysa takut.
Takut Daddy mengamuk mengalahkan bapak Godzilla. Minta jauh!
"Imran jom blah!"
Imran dan Ameer pergi meninggalkan Lysa yang kaku terkejut.

---
Notification WhatsApp berbunyi bertalu-talu.
Lysa dan Ameer berbalas-balas message dengan laju.
Lagu Qasidah Ya Badrotim kedengaran di smartphone Lysa.
Ameer call Lysa. Memang Lysa saja letak lagu islamik sebagai indikator Ustaz Ameer yang call. Tidak efektif dengan berbalas message. Itu pendapat Ameer.
"Clash dengan Adam. Kalau tak saya nak bagitau Uncle Fayyaz."
"Lysa tak nak clash dan Lysa tak nak juga Daddy tahu..."
Lysa menangis. Tak sanggup untuk putuskan hubungan antara dia dan Adam.
Ameer fikir cara yang terbaik & berhikmah untuk ubah Lysa.

...
Alhamdulillah dapat Idea!
"Kenapa sayang Adam?"

"Sebab dia boyfriend Lysa"

"Apa bukti dia sayang Lysa?"
"Dia selalu buat Lysa happy. Dia selalu bagi Lysa hadiah."

"Kalau dia letak Lysa dalam api, adakah itu nama sayang?"

"Tak mungkin dia buat Lysa macam tu. Adam sayang Lysa!"
Ameer gelak. Sungguh naif Kallysa Humaira ni.
"Lysa kena tahu Adam sedang dalam usaha meletakkan Lysa dalam api..."

"Jangan melawaklah Ustaz!" Lysa marah. Marah sebab Adam kena kutuk! Melawak apa Adam nak letak dia dalam api.

"Bukan api dapur tu kak Lysa oi, tapi API NERAKA!"

Tersentak Lysa dengar.
"Lysa dengar apa yang saya nak cakap ni. Bukanlah dinamakan Cinta & Sayang kalau hala tuju Cinta itu menuju ke Neraka Allah. Kenapa saya kata macam tu? Sebab saya tengok dalam Lysa merangkak menuju Syurga, tiba-tiba Adam tarik Lysa, dukung Lysa menuju ke neraka. Romantik lah sangat kan..?"
"Enough with all this nonsence!" Lysa naikkan suara. Bingit telinga Ameer di hujung talian.
"Dengar Lysa. Lysa dah guna tudung, tutup aurat, guna baju labuh. Itulah pakaian yang bawa Lysa ke Syurga. Tapi Adam nak Lysa guna blouse yang nampak betis, nampak lengan, suruh Lysa free-hair. Pakej untuk bawa Lysa ke neraka. Dah bagus Lysa ke Syurga, tapi kena tarik ke neraka. Buka mata Lysa luas-luas."
Sentap. Makin deras air mata Lysa meluncur keluar.
Ada benar kata Ustaz Ameer.
"Lysa, cuba Lysa call Adam. Tanya dia satu soalan. Dia serious nak ambil Lysa jadi Isteri? Then call me back kay?"

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..." Lysa jawab salam walaupun talian dah putus.
Lysa kesat air mata. Dia turut sahaja segala kata Ustaz Ameer.
Calling Adam Lee…
"Hello baby…" Manis permulaan kata.
"Waalaikumussalam. Haa nak tanya Adam ni. Adam nak ambil Lysa jadi Isteri tak?" Direct Lysa tanya.
"Err kita couple je kan? Saya boyfriend awak, awak boyfriend saya... Ape kes ni tiba-tiba?" Gagap Adam jawab. Terkejut juga soalan tiba-tiba.
"What?"

"Ye laa. Ape kes nak kahwin. Kata couple je kan?"

"Kbai" Talian diputus oleh Lysa.
Tak sangka.
Sungguh tak sangka.
Butir air mata jatuh dari kelopak mata Lysa.
Sedih.
Lysa cinta Adam. Sangat-sangat sayang.
Lysa nak kahwin dengan Adam. Lysa nak ada anak dengan Adam.
Harapan rapuh.
Cita-cita jatuh.
Semuanya hilang jatuh dalam gaung.
Kata-kata cinta terucap indah kepada Lysa selama ini daripada Adam.
Rupanya hanya untuk suka-suka dalam hubungan sementara; couple sahaja.
Dalam kekecewaan itu, Lysa buntu.
Lysa nakkan bahu untuk menangis, untuk luah segala hiba duka.
Ustaz Ameer!
Terus tekan contact, search contact name 'Ustaz Poyo' dalam senarai contact.
"Ustaz..."
Hanya perkataan itu sahaja yang mampu terkeluar.
Sebak di dada tidak dapat di tahan.
Lysa menangis.
Ameer tidak memutuskan talian. Dia senyap.
Ameer memang sudah agak. Dia dapat mengagak jawapan yang akan Adam berikan.
Setelah yakin Lysa sudah reda sikit, Ustaz memulakan kalam bicara...
"Lysa, Allah rindu Lysa. Allah rindukan rasa kasih cinta sayang Lysa kepadaNya. Sebab itu Allah kasi ujian agar Lysa give more attention to Him."

"Selama ini Allah sayang Lysa melebihi sesiapa pun bahkan lebih daripada your parents tau. Tapi Lysa balas cinta Allah dengan apa? Buat dek je kan..?
"Kat mana Allah di hati Lysa?" Kata-kata terakhir Ustaz Ameer terngiang-ngiang di telinga Lysa.
Kat mana?

Adam putuskan talian, faham Lysa perlu ruang bersendirian.
Wudhu' diambil.
Solat Isya' didirikan.
First time Lysa solat isya' since program solat hajat perdana peringkat sekolah masa PMR.
Malam itu, Lysa menangis.

Jika tadi Lysa nangis kerana Adam,
Kali ini tidak.
Bukan kerana Adam.
Tapi dek kerana dosa-dosanya yang bertimbun.
Juga tangisan itu untuk Allah.
Kerana alpa kepada Sang Pencipta dirinya.
Firman Allah:
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenangSurah Al-Ra'd : 28
---

"Ustaz, hari ni kita have a break ye..."

"Dengan kit kat ke?"

"Tak lawak kay. Hambar!"

Adam melawak silap masa. Orang tengah moody dia buat lawak.

"Boleh tak nak cuti ngaji hari ini..? Please... Lysa takde mood."
Ameer angguk. Dia faham keadaan Lysa.
Dia tahu Lysa menangis sepanjang malam.
Mana tidaknya, mata Lysa lebam.
"Dan jangan bagitau Daddy pasal break ni dan pasal semalam. Please..." Lysa merayu.
Ameer angguk lagi. "Okay no problem Lysa. Mana Uncle Fayyaz..?"

"Lamanya abah dalam toilet. Haha. Melepas la tu." Lysa cuba membiasakan diri panggil daddynya sebagai 'abah'

"Oh okay... By the way..."

"By the way, by the way apa lak ni ustaz?"
Lysa potong kata Ameer yang tidak habis itu.

"By the way... Kenapa guna tudung singkat ni?"
Cehh. Tudung aku juga yang Ustaz Poyo ni nak tembak. 'Poyo? Takdelah poyo sangat actually. hehe'
"Tudung labuh habis stok. Tengah cuci!" Perlahan suara Lysa.
Segan. Sebab dia hanya ada 2 je tudung labuh. Padahal baju yang 'tak cukup kain' ada banyak sampai penuh dua almari.
"Tapi singkat sangat ni. Tak tutup apa yang patut ditutup. Nampak apa yang tidak patut dinampak!" Ustaz Ameer selamber tegur.
Ehh, apa punya teguran.
Muka Lysa merah. Malu agaknya.
Ameer membuka ikatan serbannya. Dia buka lipatan serban tersebut. Ameer hulur serban yang telah terurai itu kepada Lysa.

"Nahh. tutup apa yang patut ditutup."
"Ehh?" Lysa pelik.
Ameer buat isyarat suruh Lysa jadikan serban itu tudung. Lambat pick up betul.

"Ohh cakaplah macam mana patut Lysa buat wahai Ustaz Poyo. Mana Lysa faham..."
Ameer hanya menggeleng kepala. Tadi bajet sedih sangat, sekarang nak usik orang pula. Lysa menjadikan serban putih tersebut 'tudung labuh' untuk melabuhkan apa yang patut dilabuh.
Ameer tersenyum panjang. "Macam ni lah Allah dan Nabi suka! Labuh laa comel cantik lawa."
'Huwarghh apa kes Ustaz Ameer niii!' Menjerit-jerit Lysa dalam hati.
Segan malu blushing speechless semua expression ada kat Lysa sekarang.
Muka Lysa nampak sangat merah dek kerana kulitnya putih melepak.
Haha. Apa kes nak malu-malu pulak hari ni?

"Eh. Hidayah Allah dah ketuk pintu hati Lysa ke hari ni? Alhamdulillah~" Tan Sri Fayyaz menyindir Lysa sebaik sahaja keluar dari tandas.

Tan Sri Fayyaz cuit Lysa, "Sejak bila pandai nak melabukan tudung dengan serban ni...? Dah la serban ustaz..."

"Dia kata dia tak cukup stok tudung labuh la uncle..." Ameer back up.

"Okay, esok kita shopping tudung labuh kay..!?" Semangat benar nak ubah anaknya jadi yang terbaik.

Lysa mencebik, "Tapi Lysa nak sepasang kasut converse merah. Hehe..."

Tan Sri Fayyaz hanya senyum sambil angguk. Manja sungguh anak tunggalnya seorang ini. Tiba-tiba terlintas satu persoalan dalam mindanya,

"Ameer, kamu sakit apa semalam sampai pi klinik bagai. Risau uncle tau!"

Lysa membulatkan mata. Teringat lagi tragedi kekantoian semalam. Namun dia bersyukur sangat kejadian semalam berjaya menyedarkan dia akan banyak perkara.
"Lysa hebat dalam taek-won-do ye? Lagi-lagi dalam menyepak kan?" Ameer balas soalan Tan Sri Fayyaz dengan soalan semula.

"Yep. Uncle memang hantar Lysa kelas taekwondo. Blackbelt dah pun alhamdulillah!"
"Eh mana tahu?" Lysa hairan.
Lysa terfikir sendiri, "Lysa takde pun cerita-cerita kat orang. Even Adam pun tak tahu. Mana entah dia tahu..."
Adam senyum lalu berkata, "Perut saya yang rasa hebatnya tendangan Lysa, tak payah orang bagitahu... Padu gak lah tendangan black belt."
"Ehhhhh. Don't tell me that..."
Lysa teringat 'hantu' yang mengacaunya malam ketika dia mahu mengambil hadiah dalam plastik yang tergantung tinggi kat pagar. Oh tidak... Ustaz Ameer ke yang kena sepak oleh Lysa?

"Perut o perut, sakit tak tendangan Lysa malam tu?" Ameer berseloroh.
Lysa segan. Segan yang teramat.
Mukanya semakin memerah.
Pengsan.
---
"Cik Lysa, makan malam sudah siap..."
Bibik mengejut Lysa yang baru sedar daripada pengsan.
"Lysa pengsan tadi. Ustaz yang bawa Lysa masuk dalam bilik" Bibik bercerita.
'Huarghhhh Ustaz Ameer angkat aku..!?'

Lysa terbayangkan Ameer pikul dirinya kat belakang pak ustaz keluarganya itu. Lysa tersenyum panjang. Hihiks

"Eh, jangan salah faham cik. Dia teman abah angkat cik je. Tak sentuh cik pun. Dia risau, itu je... Haha"

Lisa cubit pipi sendiri dan bisik pada diri, 'Huarghhhh. Perasannya aku weh. Cis! I hope that was real. Haha'

"Bibik, siapa yang bagi kat bibik plastik hari itu?" Lysa tukar topik lepas dah malu.
"Ustaz tadi tu laa..."
"Malam tu dia guna serban putih dan jubah putih macam tadi ke?"
Bibik angguk.
Hantu galah itu rupanya Ustaz Ameer! Dan sepakan kencang limited edition itu Ustaz Ameer laa yang merasa?
Rasa bersalah.
"Takpe laa. Lysa takde selera nak makan." Lysa menolak ajakan makan malam itu dengan lembut. Bibik pun berlalu pergi meninggalkan Lysa sendiri.
Lysa terus call Ustaz Ameer.
"Assalamualaikum Cik Taek-won-do tendang kencang..."
Muka Lysa merah padam dek kerana disindir sinis oleh Ameer.
"Waalaikumussalam Ustaz Poyo Hantu Galah. Err, maafkan Lysa sebab tendang Ustaz, ingatkan Hantu Galah yang kacau Lysa..."
Pecah gelak Ameer. Hantu galah kau kasi aku?
 "Perut o perut, maafkan tak Cik Lysa?"
"Emm perut kata, perut nak kena belanja makan." Ameer jawab sendiri soalan dia.
Lysa gelak dengan celoteh Ustaz. "Ya ya ya I will. I promise belanja ustaz makan banyak-banyak!"

"By the way, okay dah ke? Pengsan pengsan lah pulak."

Lysa senyap. Segan dan rasa bersalah atas segala tindakannya.

"Okay la Lysa. I have things to do. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..." jawab Lysa perlahan.
Lysa senyum keseorangan. Bahagia teramat.
Ehh macam couple lak aku ngan Ustaz Ameer. Haha
Serban putih Ustaz Ameer masih kat aku. Hihi.
Nak tidur dengan serban putih ni lah. Mana tahu mimpi jumpa Ustaz. InshaaAllah...
Eh angau ke aku ni? haha
---

"Siapa call?"
"Kallysa Humaira. Anak Uncle Fayyaz."
"Bro, bukan main lagi seronok aku tengok kau on the phone tadi..."
Imran pelik dengan  Ameer. Manakan tidak kalau sebelum ni kalau bercakap dengan perempuan macam cakap dengan Godzilla! Tunduk pandangan, langsung tak pandang perempuan saja-saja. Bila cakap pun, cakap sikit dan cakap apa yang penting sahaja. Gelak itu memang mustahil la. Macam perempuan tu nak makan dia je.

Ameer nak jaga ikhtilat.

Tapi bila dengan Lysa, mana semua itu pergi..?

Ikhtilat, apakah itu..?



---[ Info Ikhtilat ]---

Ikhtilat ialah apa-apa sahaja jenis interaction, pergaulan antara ajnabi (laki-perempuan) seperti...
1. borak
2 .chatting
3. mesej
4. video cam
5. dan lain-lain interaction sama ada alam realiti atau alam maya.

Conclusion: Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi dikira sebagai Ikhtilat.
p/s : Ajnabi ialah manusia yang boleh dikahwini seperti kawan kelas, sepupu. Adik-beradik, mak ayah bukanlah ajnabi. Faham dok?

Ikhtilat perlulah dijaga molek, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Penjagaan yang rapi perlulah diberikan dengan sebaik-baiknya kerana khuatir akan membawa HAVOC!

Para Ulama' sepakat mengatakan bahawa hukum Ikhtilat ialah Haram. Haramnya Ikhtilat ini dengan berdalilkan:

وَلا تَقرَبُوا الزِّنىٰ


Dan janganlah kamu menghampiri zina

Allah dengan jelas mengatakan: Janganlah kamu menghampiri Zina. Maka, apa-apa sahaja perbuatan yang mendekatkan diri kita kepada zina walaupun sekecil langkah anak kuman, maka Haram hukumnya.

Conclusion: Ikhtilat haram

"What!? Haram!? borak, chatting, mesej, video cam dan lain-lain interaction sama ada alam realiti atau alam maya tak boleh la kiranya? Huwaa nak boikot. Tak nak jaga Ikhtilat!"

Relax. Relax. Relax.

Para Ulama' juga sepakat bahawa hukum Ikhtilat ini Harus tapi dengan beberapa terma dan syarat. Acewah seronok la tu dah takde title haram dah. Kehkeh.

Terma dan Syarat Ikhtilat:
1. Hajat
2. Darurat.

Hajat dan Darurat ialah tiket untuk membolehkan kita Ikhtilat. Maksudnya di sini, Ikhtilat ini perlulah dijaga molek dengan menggunakan tiket Hajat dan Darurat sahaja. 

Macam mana Hajat dan Darurat tu? Saya kongsikan beberapa guideline Ikhtilat:


Hajat
1.  Mengajar dan belajar daripada seseorang, Ikhtilat antara penyampai dan penerima Ilmu. Contohnya seperti antara student dan guru-guru di sekolah ataupun antara student dengan pensyarah di Universiti.
2.  Urusan kerja. Ikhtilat antara rakan sepejabat, boss, majikan dan mana-mana manusia yang perlu kita berurusan atas alasan kerja.
3.   Urusan mustahak. Seperti dalam group perbincangan persatuan ataupun study group. Perlu komitmen antara ahli kumpulan. Maka boleh Ikhtilat.
4.   dan interaction lain yang ada sebab logic yang boleh diterima akal manusia yang normal.

Dharurat
Bagi darurat pula perkara yang daruratlah, contohnya seperti ada manusia yang lemas di tengah lautan luas. Takkan la nak tengok orang lemas itu sambil makan popcorn je dengan alasan nak jaga Ikhtilat. No no no. Dalam mana-mana keadaan darurat seperti itu, maka bolehlah nak interact dengan manusia lemas tuh dengan selamatkannya. Bolehlah Ikhtilat!


Conclusion: Ikhtilat dengan adanya Hajat & Dharurat. Boleh ajaa!

Maka dapatlah kita fahami bahawa:

Ikhtilat 
Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam realiti atau alam maya.

Ikhtilat Haram
Kalau tiadanya tiket hajat dan tiket darurat.

Tiket Hajat
Adanya hajat seperti menuntut ilmu, urusan kerja dan sebagainya.

Tiket Dharurat
Adanya dharurat seperti menyelamatkan ajnabi yang lemas di tengah lautan.


Bagaimana pula sekiranya interaction antara ajnabi itu seperti...
1. Borak kosong.
2. Mesej saja-saja. Tanya:  dah makan belum? dah mandi belum?
3. Chatting tanya khabar. Tanya khabar kawan lama tak jumpa. Macam jejak kasih la ni

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, jika tiada hajat dan darurat maka tidak boleh. Bagaimana pula dengan beberapa situasi ala-ala di atas itu? Hajat tiada, darurat apatah lagi!

Mesej-mesej, borak kosong dan apa-apa sahaja interaction ala-ala sebegitu actually something yang tiada matlamat.

Study the equation below:

Tiada matlamat = Lagha
Lagha = Makruh

Apa-apa benda yang tiada matlamat, maka itulah lagha. Hukum lagha ialah makruh. Andai anda melakukan perkara-perkara lagha tersebut, maka anda akan dijatuhkan hukuman atas Akta Ikhtilat(1) iaitu Makruh. Amboih ada akta-akta bagai! Sebenarnya kamu tahu tak apa yang dimaksudkan dengan "makruh" yang sebenarnya?

Makruh bermaksud kamu tidak mendapat pahala dan juga dosa jika melakukan perkara tersebut. Perbuatan tersebut tidak mencapai taraf haram.

"Yeayy boleh nak berborak kosong, bergosip-gasap, berchat-chatting. Makruh je pung!"

Boleh tu boleh. Tak dapat dosa pung. Hukumnya makruh je pung. Buat apa nak kabut. Keep calm and relax tak payah sangat jaga Ikhtilat. Jom la kita berborak kosong, lagha-lagha dengan ajnabi berjemaah! Jom!

Namun harus juga difikirkan, makruh bermaksud perbuatan dibenci Allah. Nak ke buat benda dibenci Allah beb? Adakah kita nak cari kebencian Allah?

Kita hidup kat bumi Allah ni nak cari keredhaanNya. Mencari keredhaan Allah sebanyak boleh. Kita nak membina timbunan pahala dengan setinggi-tingginya. Apakah kamu nak Allah benci kamu? Err

Bagi saya tak perlulah ye. Jagalah Ikhtilat tu dengan sebaik-baik jagaan.

___
"Aku tak tahulah Imran, aku rasa aku jatuh suka dengan Lysa..."

"Ahah. Aku tahu laa bro. Nampak gaya kau selama ini pun aku dah boleh agak. Kau tak payah cakap. Haha. Cuma satu nasihat aku, kau tu ada ilmu agama dan wajiblah kepada kita untuk jaga ikhtilat. Kau pun tahu kan? Aku pelik, kenapa kau tak jaga ikhtilat dengan dia. Benda WAJIB bro, Allah suruh..."

"Aku suka dia, mungkin sebab itu aku tak sedar aku tak jaga ikhtilat dengan dia... Adoi... What should i do?"

"Luah kat dia. cakap : Will you be my Zaujah?"

"Lawak antarabangsa yang hambar"

"Kalau kau tak nak jadikan dia isteri, so jaga ikhtilat ketat-ketat. Aku takut kau beri harapan palsu dan ketahuilah memberi harapan palsu kepada perempuan haram dan berdosa!"
Bahu Imran kena tepuk lembut. "Aku faham... Cuma takkan laa aku nak buat macam tu, main luah direct kat Lysa..."

"Elehh mulut kata tak, tapi muka merah suka-suka ape kes?" Imran sambung mengusik Ameer.
Ameer tersenyum seorang, "Ahaha aku pun rancang nak buat macam itu juga. Tapi tak tahu laa bro. Dia tunggu result SPM lagi."

"Eh bro, nikah itu bukti Cinta. Kalau betul kau Cinta dia kau ajak nikah. Buktikan cinta kau itu dengan nikah!"

Ameer masih nampak was-was.

"Siapa cepat, dia dapat. Kang si budak Adam masuk minang, putih mata kau beb!"
Dengar nama Adam, Ameer terus naik cemburu.
Perghh!
What ever it is, esok aku lamar.
---
"Lysa baca bagus laa hari ni" Puji Ameer.
Merah muka Lysa. Huarghh kenapa aku cepat merah ni!
"Lysa..."

"Ye Ustaz..."
Senyap. Terdiam seribu bahasa.
"Ustaz balik dulu."
'Ehh apa aku buat ni? kata nak luah? huarghh' Ameer menjerit-jerit dalam hati.

"Jap Ustaz. Lysa nak bagi balik serban putih ni"
3 hari 2 malam dah berselimut dengan serban itu. hehe
"Just take it Lysa."

"Ehh takpe ke?"
Ameer angguk.
"Thanks Ustaz..."
'Ameer! This is it. Luah sekarang. Adam cilok kang!' monolog dalaman Ameer ugut diri dengan nama Adam.
Orite. No way Adam!
"Lysa, Lysa nak tak jadi pemenuh separuh iman kepada diri saya..?" Confess direct.
Dup dap dup dap. Berdegup kencang jantung Ameer.
Lysa lari naik atas. Without saying a word. Tiba-tiba lari begitu sahaja nak ke biliknya.
Ameer speechless.
'Dia marah aku ke?'
'Dia mengamuk ke?'
'Dia benci aku ke?'
'Dia menyampah dengan aku ke?'

'Ameer, what have you done!?'

---
Calling Sumayyah. 

 Suamayyah ialah bestfriend Lysa. Kawan baik dunia akhirat. Dialah yang banyak tegur Lysa bila Lysa lupa agama. Bertuahlah Lysa dapat kawan yang ingatkan dia kepada Allah, kerana tak semua dapat kawan yang sedemikian rupa.
"Sumay, Ustaz tak suka aku laa beb..."
"Ehh, aku rasa Ustaz Poyo kau tu suka kau, based on apa yang kau cerita Ustaz tu buat kat kau."
Lysa mengeluh panjang. 'Tapi, dia dah cakap yang dia just nak jadikan aku kawan baik dia.  KAWAN sahaja beb! Aku hanya jadi pemenuh separuh iman dia je. Maksudnya kawan laa. Kalau Isteri mestilah bukan separuh, tapi penuh sepenuh iman dia. A friend only. Not more than that."
"Oh ye ke? Pastu apa kau buat?" Sumayyah interest nak tahu kisah Lysa dan Ustaz Ameer.

"Aku sentap ahh. Aku sayang dia beb. Aku lari masuk bilik, then nangis. Frust ah weh..."

Sumayyah hanya senyap, kasihankan si Lysa.

"Tapi hari ini, first time dia puji aku"  Panas muka Lysa. Bangga campur malu.

Sumayyah mula bersuara, "Beb, aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Penting gak ah."

"Pasal apa?"

"Kau ada crush kat Ustaz Ameer kan?"

"Err.."

"Tak payah cakap apa, aku tahu sebab kau kawan baik aku. Ustaz Ameer itu memang crush kau pun."

Lysa tersenyum bangga kerana ada sahabat yang rapat dan sangat mengenali dirinya iaitu Sumayyah binti Hashim.

 "Aku tak kisah kau suka dia tapi satu benda yang aku kisah ialah kau buat benda haram."

Lysa garu kepala yang tidak gatal. "Apa maksud kau..?"

"Kau selama ini berzina..."

Tak habis lagi Sumayyah habiskan bicara, terus Lysa memotong, "Oi, agak-agaklah... Seteruk-teruk aku ini pun takde lah sampai nak berzina. Aku ada iman juga weh!"

Pecah gelak si Sumayyah, "Oi mak cik, kau ni kelakar la. Hahahaha."

"Aku nak kata kau selama ini berzina hati. Zina hati pun haram sama macam haramnya zina. Allah larang. That's why dosa!"

Lysa senyap, dah segan macam itu lah dia.

"Kau sedar tak selama ni kau berzina hati...?"

"Err tak sedar dan sejujurnya aku tak tahu zina hati itu macam mana. Haha!"

"Meh aku hantar artikel pasal crush kat kau. Aku hantar emel kat kau sekarang dan aku nak kau baca sampai habis sekarang juga. Faham?"

"Ok boss."

"Janji baca habis..?"

"Promise!"

"Good girl. Kbai. Assalamualaikum!"

Lysa balas salam dan buka MacBook miliknya. Ada email baru masuk, artikel yang dihantar Sumayyah sudah masuk dan dia perlu habiskan pembacaan seperti yang dijanjikan.

Lysa klik dan mulakan pembacaan artikel tersebut...

___


Fullstopisme Crush


Crush. Apa yang anda faham mengenai crush?

Mengapa crush perlu dalam senarai Fullstopisme? Apakah crush ini satu kesalahan, satu dosa maksiat sehinggakan perlu dikenakan usaha untuk menghentikannya dan menghalaukannya daripada kehidupan seharian kita?

Ada yang faham crush itu seperti...

1. Minat kepada artis-artis tempatan mahupun luar negara. Artis yang lagho-lagha ataupun yang islamik seperti Neelofa, Hafiz Hamidun, Maher Zain dan Aiman Banna. Eh ada Aiman juga ke? Haha.

Artis luar negara ialah seperti seorang jejaka kacak K-Pop bernama Mee Hun Sup. Err, ada ka? Hehe maaf sebab saya tak tau nama artis Korea.

2. Minat kepada kawan-kawan sama institusi. Kawan yang sama kelas, sama kuliah dan kesamaan serta keserasian yang lain-lain.

Member sekelas yang handsome, cantik, pandai, lemah lembut sopan, islamik dan banyak lagi aspek yang menjadi faktor menjadi crush.

3. Suka kepada anak hamster jiran sebelah. 

4. Banyak lagi kefahaman yang lain mengenai crush.

Saya akan beri kefahaman kepada anda apakah itu crush berdasarkan kepada kefahaman saya sendiri. Kefahaman saya berdasarkan apa yang dapat saya garap daripada atmosphera kehidupan sekeliling saya. Dalam kamus definisi saya mengenai crush ialah:-

Crush = Satu perasaan suka yang berlebih-lebihan kepada seseorang individu.
Meh saya kasi penjelasan yang sepenuhnya berkenaan definisi crush itu:-

Crush ini melibatkan perasaan. Perasaan suka yang menjadi fitrah kepada manusia yang hidup di atas muka bumi ini.

Siapa yang tidak ada perasaan suka mohon tukar kepada spesis makhluk lain selain manusia. Eh jap, makhluk binatang pun ada perasaan suka, tumbuhan pun ada perasaan. Seperti yang saya katakan, perasaan suka & minat itu ialah fitrah, semua makhluk Allah ada.

Mark my word, perasaan suka itu fitrah

Tapi bagaimana dengan istilah 'yang berlebih-lebihan' itu? Saya berikan anda analogi:-
Makan itu fitrah. Minum itu fitrah. Tidur itu fitrah. 
Satu dunia memberi jaminan bahawa ketiga-tiga perkara itu fitrah. Kalau tak makan, minum dan tidur kita jadi apa? So memang diperlukan pun. Antara fitrah yang memang ada dalam diri manusia ialah seperti perasaan marah dan sedih.

Tetapi bagaimana sekiranya makan, minum dan tidur itu berlebih-lebihan?

Makan berlebihan? Maka kegemukan dan obesitilah anda.
Minum berlebihan? Maka kembunglah perut anda dengan air.
Tidur berlebihan? Maka anda akan mengalami kemurungan.

Lihat.

Banyak sangat keburukan dan implikasi apabila berlebih-lebihan, maka secara tidak langsung dapat difahami bahawa apa-apa sahaja yang dilakukan berlebih-lebihan akan kasi keburukan.

Perasaan suka memang diperlukan, namun apabila berlebih-lebihan itu bagaimana?

Secara mudahnya perbuatan suka berlebih-lebihan itu ialah mereka yang jenis kemaruk, sehinggakan hendak satu dunia tahu mengenai crush-nya melalui laman sosialnya di alam maya. Selalunya crushnya itu artis yang bertaraf international. K-Pop lah secara mudahnya.

Crush dengan K-Pop, artis-artis ialah sesuatu yang mainstream. Benda yang globally orang buat kan?

Adapun ada juga jenis crush yang tidak diketahui oleh orang-orang biasa (kawan meja sebelah, jiran, mak cik kantin, pak cik cleaner). Hanya member rapat dan yang terpercaya sahaja yang tahu. Selalunya crushnya ialah member yang berdekatan.

Contoh suka yang berlebih-lebihan:-

1. Sentiasa update info mengenai orang yang kita crush itu.
2. Sentiasa ingin melihat-lihat dan mendengar-dengar apa-apa sahaja yang bersumberkan dia.
3. Sanggup lakukan apa-apa sahaja demi crush.
4. Sentiasa menyebut-sebut nama dia, sering topik perbualan.
5. Tukar profile picture dan cover photo yang bertemakan crush kita.
5. dan lain-lain lagi perbuatan yang berlebih-lebihan dalam suka.

Biasanya crush-crush ini disebabkan oleh wajah crush tersebut yang kacak lawa cantik. Adapun sebab yang lain seperti keunikan perangai yang menepati cita rasa, acewah! Macam dalam filem-filem, ada adegan yang buat seseorang terpikat seperti Spiderman selamatkan Mary Jane daripada bahaya, sebab itulah Mary Jane suka Spider-man. Gituhh!


Baiklah, rasanya anda sudah faham sejelas-jelasnya dengan definisi saya tentang crush. Crush itu ialah berlebih-lebihan dalam suka akan seseorang. Suka dengan sama jantina, ataupun berlainan. Suka dengan orang yang berdekatan ataupun berjauhan.

Jadi apa kes dengan crush-crush ni? Maksiat sangat ke sehinggakan perlu untuk dikenakan Fullstopisme? Mengapa perlu untuk tidak ber-crush?

Apa hukum ber-crush?

Bukan wajib.
Bukan harus.
Bukan makruh.
Dan bukan sunat.

So jawapannya Haram. Benar, hukumnya haram. Haram kerana apa?

Let me get this thing clear, crush itu ialah apabila kita suka sesuatu makhluk itu dengan sebenar-benar suka. Perasaan suka yang menyebabkan ada tindakan seperti sering teringat-ingat, sering tersebut-sebut mengenai crush.

Sebab mengapa crush haram ialah:



Zina hati.

Jangan bohong kalau kamu kata kamu tiada sekelumit pun rasa zina hati bila berawang-awangan mimikirkan crush.

Zina hati hukumnya Haram! Sebab itulah ber-crush ini haram. Tahu tidak apa itu zina hati? MashaAllah.

Equation mudah macam ni la, Zina Hati = Ada Syahwat

Zina Hati ni macam kita membayangkan sesuatu yang haram untuk kita lakukan dengan seseorang.
Contohnya macam:
-membayangkan kita berjalan kat taman sambil berpegang tangan dengan seseorang. Padahal hukum pegang tangan bukan mahram hukumnya HARAM
-membayangkan kita melakukan seks dengan seseorang. Padahal hukumnya HARAM melakukan seks ajnabi

Conclusion: Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram selama-lamanya.


So dah fahamkan Zina Hati tu lagu mana?

Bila kamu ber-crush, mesti kamu ada terbayangkan kamu berkahwin, berjalan kat taman bersama, makan candle light dinner bersama, berborak sama-sama dengan penuh bahagia dan gembira.

Mesti ada kan? Itu namanya Zina Hati. Sebab itu haram!



Penghalang mendapat Syafaat.

Wah. Ini memang sentimen gila. Tidak dapat Syafaat Nabi Muhammad di padang mahsyar kelak. Mengapa sampai begitu sekali? Kalau tidak mendapatkan Syafaat daripada Nabi Muhammad, maka mahu minta dengan siapa?

"Woi Aiman, kau ni memandai je kan? Poyo lah kau!"

Chill. Saya kai kamu sepotong kalam suci daripada mulut junjungan kita, Nabi Muhammad. Hadis Nabi Muhammad:
 "Awak bersama dengan orang yang awak cintai di akhirat."
Potongan hadis ini bermaksud kamu bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat kelak. Kamu akan bersama dengan orang yang berada di ranking #1 dalam carta hati kamu. Orang yang paling menjadi prioriti kamu untuk mendapatkan cinta kasih sayang kamu.

Selalunya orang yang berada di ranking #1 dalam carta hati kita akan selalu menjadi sebutan kita, akan selalu menjadi bualan kita, akan selalu menjadi ingatan kita. Kita akan suka makhluk bertuah yang berada di ranking #1 itu secara lebih-lebihan.

Definisi Crush tadi apa ya?
Crush = Satu perasaan suka yang berlebih-lebihan kepada seseorang individu.
Maka kamu bersamalah dengan orang yang kamu suka berlebih-lebihan itu di akhirat kelak, minta Syafaat dengan crush kamu itu!

Lagi sedih hakikat ber-crush ini ialah, kamu syok sendiri sebenarnya. Para artis pujaan junjungan kalian itu tidak tahu pun kalian wujud, tak tahu pun kalian ini ada dalam senarai kewujudan makhluk manusia. Mereka hanya harapkan sokongan dan penambahan bilangan followers ja. Kata-kata seperti: "Aku sayang peminat aku semua.", "Aku sayang u olls". Itu semua plastik! itu semua polystrine. PALSU!

Tahu tak ada seseorang yang ketika kamu belum lahir lagi, kamu belum wujud atas muka bumi ini, dia sudah rindu. Dia sudah mendoakan kamu. Dia sudah menangis agar kamu tidak masuk neraka, supaya kamu masuk Syurga. Sepanjang hidupnya dipenuhi rasa rindu akan kamu, dipenuhi juga dengan doa agar kamu selamat di alam akhirat yang penuh dengan ketakutan dan kengerian.

Dia berdoa, dia rindu kamu. Crush kamu itu buat apa kat kamu?

Zalimnya kita kepada nabi Muhammad. Dia rindu kita, kita buat dek. Jual mahal kat baginda. Nanti kita juga yang hendakkan syafaat Nabi Muhammad kat akhirat kelak.

Jual mahal sangat ye? You get what you give. Faham?

Baiklah. Pada tahap penerangan saya setakat yang ini, saya yakin anda yang ingin Fullstopisme sudah faham mengenai apakah itu crush dengan sebenar-benar kefahaman. InshaaAllah.

Kita terus kepada Fullstopisme Crush:

Fullstopisme Crush #1

Andai anda sudah baca ke peringkat ini, saya yakin anda ingin tidak ber-crush. that's good mashaAllah. Sebenarnya Fullstopisme untuk crush ini tiada banyak pun. Satu je. Banyak je tapi biarlah satu ini berkualiti punya cara InshaaAllah.

Caranya ialah :- Ber-crush dengan Muhammad bin Abdullah.

Easy. Jadikan crush kamu menjadi Nabi Muhammad. Biarkan baginda sahaja yang bertakhta di takhta hati kamu. Biarkan baginda menjadi ranking #1 di hati kamu.

Bagaimana hendak jadikan Nabi Muhammad ranking #1 di hati kita? Banyakkanlah baca sirah Nabi Muhammad. Banyakkan ambil tahu mengenai kesempurnaan Nabi Muhammad.

Kalau kamu kata kamu suka kepada artis-artis yang kacak lawa cantik, kamu perlu tahu bahawa Nabi Muhammad ialah seorang jejaka yang sangat kacak!

Seperti yang kita tahu, Nabi Yusuf speciality baginda ialah dengan kekacakannya yang amat. Ke-handsome-an yang superb, sehinggakan perempuan-perempuan yang sedang melihat baginda tidak sedar bahawa mereka telah terpotong jari. Ouch sakit! Tapi sakit tersebut tidak terasa langsung kerana terlalu terpesona dengan kekacakan Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf sangat handsome, tapi kekacakan yang amat itu hanyalah satu per empat kepada kekacakan Nabi Muhammad. Faham dak?

Jap. Tahu tak buah delima? Kita potong jadi empat bahagian. So ada empat bahagian buah delima hasil potongan daripada sebuah buah delima. Nisbah kekacakan Nabi Yusuf dengan kekacakan Nabi Muhammad ialah seperti 1 bahagian buah delima daripada 4 bahagian buah delima itu tadi. MashaAllah!

Nabi Muhammad sangat kacak. Teramat sangat kacak. Kumpulkan semua kekacakan lelaki yang ada di dunia menyamai kekacakan Nabi Muhammad.

Nak katanya kekacakan ex-crush kamu yang kacak lawa cantik itu itu tidak setanding dengan Nabi Muhammad pun. Nisbahnya seperti kecilnya cucu semut hitam kat dapur rumah kamu dengan besar bapak gajah di zoo negara. Kekacakan Nabi Muhammad tiada tandingan! 

Sudah jatuh cinta dengan Nabi Muhammad? Sudah crush dengan baginda?

Jadi ini antara kehebatan Nabi Muhammad. Ramai tak tahu. Mengapa ramai tak tahu? Sebab malas baca, Kalau kamu ingin menambahkan nilai kejatuhan cinta kamu itu, maka belilah buku ataupun rajinkan baca mengenai Nabi Muhammad. Antaranya kitab Syamail Muhammadiah. Banyak je jual kat kedai buku.


Please. Give it a try untuk baca sirah Nabi and buatkan Nabi Muhammad crush kamu. Bacalah dan sayangilah baginda, moga Allah redha.

Mungkin ada yang pelik, mengapa cinta Nabi Muhammad ja? Tak cinta Allah ke?

Allah kata:
katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, maka Allah akan mencintai kamu

Haaa. kalau kamu dah jadikan Nabi Muhammad crush kamu, maka Allah akan jadikan kamu crush kepada Allah. Wah! Kalau kita jadi crush kepada Allah, bermaksud apa yang akan kita dapat?

Moga Syurga Allah untuk kita yang menjadikan Nabi Muhammad sebagai crush.
Moga Syurga Allah untuk kita yang meninggalkan crush-crush yang lagha.
Moga syurga Allah untuk kita yang meninggalkan jahiliah demi Nabi Muhammad.

Ameen ya Allah!

Kita tinggalkan jahiliah kita iaitu menzalimi Nabi Muhammad demi mendapatkan keredhaan Allah. Mengapa saya kata zalim? Sebab kita tidak meletakkan Nabi Muhammad di tempat yang sebenarnya, di tempat yang sepatutnya.

Nabi Muhammad sepatutnya berada di ranking #1 carta hati kita. Ingat itu sokmo deh! Nabi Muhammad is our crush start from this moment, 100% crushed!

Moga Allah redha,
Nabi Muhammad suka.
___

Habis sahaja baca artikel terebut. Lysa mula bermuhasabah diri. "By the way, thanks Sumayyah for this article, love you!"
Erghh buat apa aku fikir pasal Ustaz, dia dah tolak aku, nak aku jadi kawan dan tak lebih dari itu kan!? Bukan isteri kan..!?

Mulai saat ini, ustaz Ameer bukan crush aku lagi. Takde mana-mana laki pun jadi crush aku sekarang ini termasuklah mamat k-pop, one direction kecuali Nabi Muhammad. InshaAllah!

"Ustaz Ameer..?"
Forget him Lysa!
---
"Imran! What have I done? Lysa benci aku. Dia tolak aku. Huarghhh!" Stress Ameer.
Imran tenang macam biasa. "Relax ah. Kalau kau nak sangat, kau jumpa Tan Sri Fayyaz."
"Huh?"
'Itulah cara paling baik. Jumpa wali perempuan itu terus bukannya main sedap luah kat si dia. Maaflah mungkin cadangan idea yang aku bagi dulu tu tak berapa nak bernas. Hehe."

Ameer jeling Imran. Cis.

"Bila kau jumpa ayahh dia barulah profesional dan bersyariat. Jumpa ayah terus ha! Tan Sri Fayyaz kan wali Lysa. Kalau aku dulu, aku jumpa abang tunang aku tu dulu then baru face-to-face dengan abah dia."
"Nak ambik someone jadi isteri, ambil cara bersyariat! Baru ada berkat dan Allah redha!" Imran menambah.
Panjang penjelasan Imran. untuk kebaikan sahabat karibnya, Ameer.
"Thanks Imran for your advice tapi segan ah nak jumpa Uncle Fayyaz."
"Adam ambik kang" Imran cucuk-cucuk Ameer.
Memang pantang dengar nama Adam. Terus level cemburu naik terus.
Esok aku jumpa Uncle Fayyaz. Set!
---
"Uncle..." Ameer gagap. Dia cuak.
"Yes Ameer. Ada apa?"

"Saya nak kahwin dengan Lysa."
Huarghhhhhhhh. Dalam hati ada gempa bumi sekarang beb. Dup dap dup dap.
Relax Ameer. Jangan berhenti degup sudah.

Amalan dah cukup ke nak jumpa tuhan?
---
"Apa pendapat Lysa about Ustaz Ameer?" Tan Sri Fayyaz tanya sambil mereka dinner kat sebum restaurant.
"Poyo gilaa!" 

Lysa muncungkan mulut. Masih geram dengan Ustaz Ameer.
"Lysa. It's not nice to say that."

"Okay. Okay. Maafkan Lysa."

"Minta maaf dengan Ameer esok. By the way,  Abah nak jodohkan Lysa dengan Ameer."
Malas Tan Sri Fayyaz nak berbunga-bunga dan berpantun, cakap direct mudah.
Speechless & merah.
Cukup untuk describe Lysa.
Oh tuhan, apakah ini hadiah anugerah untuk Lysa?
Kahwin dengan Ustaz Ameer!
Sumayyah, kau kena ada kat sini!
Lysa kembali rasional. Ehh bukan ke Ustaz nak kawan dengan aku je?
Lysa masamkan muka yangmanis gembira tadi, "Ustaz Poyo tu bukannya nak Lysa."
Tan Sri Fayyaz geleng kepala.

"Korang jumpa face to face esok. Kita bincang esok dengan Ustaz Ameer. Kay?"
Lysa keliru.
Patut gembira atau duka?
---
"Say something Ameer."
Kedua-duanya senyap sejuta bahasa.
Malu.
"Ameer nak ke tak jadikan Lysa Isteri yang sah?" Tan Sri Fayyaz terus start. lama sangat dah senyap. Cengkerik pun menyanyi. krikk krikk
"Nnn...nn...nnn" Gagap-gagap Ameer...

Tan Sri Fayyaz nak mencucuk Ameer, "Kamu nak kata 'NO' ke Ameer..?"

"Eh tak tak tak. Saya nak cakap 'NAK'. Saya nak jadikan Nur Kallysa Humaira binti Fayyaz menjadi isteri sah saya..." Lancar dan jelas Ameer jawab.
Merah padam muka Lysa.
"Poyo."

Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut Lysa sebagai respon pertama. "Hari itu kata nak jadikan Lysa kawan je. Not more than that."

Lysa terus bersuara. Nak membidas Ustaz Ameer.

"Bila?" Ameer pelik.
"That day. Ustaz kata nak jadikan Lysa ni hanya pemenuh separuh iman Ustaz. Bukannya pemenuh sepenuhnya iman Ustaz. Ustaz hanya nak jadikan Lysa kawan. Lysa ingat lagi tau!"
Pecah gelak Ameer. Berdekah-dekah Ameer gelak.
"Lysa, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Kalau Lysa kahwin dengan Ustaz, Lysa jadilah pemenuh separuh iman kepada Ustaz. Ini berdasarkan Hadis laa Lysa!" Ameer terang panjang.
"Err... Hehe."
Hanya itu yang Lysa mampu ungkapkan.
---
Walimah Ameer Islam bin Affandi dan Nur Kallysa Humaira binti Fayyaz.
Ramai yang datang. Rumah banglo yang besar itu dipenuhi oleh manusia.
Lirikan mata Lysa fokus memandang wajah suaminya yang sedang mengalunkan bacaan Quran dalam majlis walimah mereka. Dia rasa terbang di awang-awangan dek kerana kemerduan bacaan Quran oleh suaminya. Lysa cair dengar suara Ameer.
Selesai sesi alunan bacaan Quran oleh Ameer, Lysa sengaja nak cari pasal lalu pergi dekat Ameer dan bisik, "Hey awak, baca dah la tak sedap, tak merdu langsung, poyo lak tu. Kbai!"

Ameer rasa tercabar dengan sakatan itu. Datang idea nak menyakat Lysa.
"Pemenuh separuh o Pemenuh separuh" Ameer mengejek.
Lysa geram. Paha Ameer terus dicubit kuat.
"Ouuccchh! sakit laa Lysa pendek!" Ameer mengerang kesakitan.

"Who started it first huh?" Lysa kenyit mata.

"Eh awak dulu yang kutuk bacaan saya ye, baru saya ejek awak. Haaa siapa salah. Haaaa..."
Bila Lysa fikir balik, memang dia yang start dulu. Terus fikir cara nak tukar topik. "By the way did you call me Lysa pendek just now?"
Teringat cerita plastik kat atas pagar itu dan peristiwa 'hantu galah' yang kena sepak kat perut. Haha
"Ehh nothing. Orang pendek je terasa pendek..."
"Galah poyo. Ustaz poyo." Lysa membalas.
"Ohh menjawab ye Lysa?"
Mereka berbalas cubitan.
Cubit-mencubit hingga tidak sedar dunia.
Tidak mengapa, sudah menjadi Halal antara mereka.
Allah redha, Nabi suka.
Sedih bila lihat pasangan couple antara lelaki perempuan zaman sekarang hubungan macam sudah berkahwin. Pelajar sekolah mahupun universiti bergaulsesama mereka denga tidak ikut gaya islam yang sepatutnya. Ikhtilat antara mereka tidak terjaga dan diabaikan begitu sahaja, mohon taubat segera!
Tan Sri Fayyaz tersenyum panjang melihat telatah mereka.
Bahkan semua yang ada dalam majlis itu tersenyum.

Bahagia sungguh mereka.
Mula-mula ada yang mempertikaikan kenapa mereka kahwin awal?
Ingat Hadis Nabi:
Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunyaHadis Riwayat Bukhari dan Muslim


Akhirnya mereka faham.
Tersenyum gembira melihat berdirinya sebuah masjid.
Inshaa Allah akan membina Ummah yang yang kian punah ini.
Semoga Allah memberkati perkahwinan mereka.
"Lysa o Lysa"

"Yaa..."

"Ameer bukan Ustaz poyo!"
Terus Ameer cubit pipi dan lari.
Lysa pun mengejar, walaupun dia tahu takkan dapat kejar punya.
Begitulah indahnya hubungan yang dibina kerana Allah. Hubungan yang dibina dengan Syariat Allah.

InshaaAllah berkekalan hingga SyurgaNya.
_______
 
 
By Aiman Banna 

No comments:

Post a Comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️