Wednesday 30 September 2015

#Henshin


#HENSHIN.
Yang membawa maksud berubah. 
First aku dengar perkataan ni disebut oleh Aiman Banna. 
Perkataan yang ringkas tapi cukup padat untuk menyentapkan satu hati. 

Berubah ?
From Jahiliah to Jannah. 
Apa tujuan akhir kita selepas beberapa lama hidup kat dunia ni ?
Neraka ?
Syurga ?
Pastinya Syurga kan ? 
Takkanlah penat-penat hidup lama kat dunia ni, akhirnya terhumban ke neraka. 
Kan ?
Tak berbaloi . 

Tapi, dari jahiliah ke dunia baru , cara hidup baru ni amat susah.
Banyak onak duri ranting tajam yang kena tempuh. 
Bak kata orang , nak masuk Syurga bukan senang. 
Nak dapat Ferrari dunia pun tak senang. 
Kena kerja keras . 
Bukan berangan nak Ferrari then Ferrari tu terus muncul depan mata. 
Bukan !
Not that easy !

Setiap orang, ada kisah silam dia. 
Ada pahit duka dia. 
Itu antara dia dan Allah.
Itu semua lumrah kehidupan. 
Khilaf itu satu kebiasaan. 
Sebab kita manusia. 
Tapi tu bukan sebab kita terus berjahil. 

Allah datangkan kita banyak perkara yang boleh kita belajar darinya.
Allah datangkan kita Rasulullah untuk ajar dan didik kita . 
Tak ada manusia lain sesempurna Rasulullah SAW. 
Akhlak Baginda macam Quran . 
Syumul !
Perfect! 
Tak ada yang lagi sempurna . 

Satu hari ada sahabat bertanya kepada Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah.
"Ya Aisyah, bagaimana akhlak Rasulullah?"
Jawab Aisyah "Akhlakuhul Quran"
Dengan kata lain, akhlaknya adalah Quran. 

See!
How perfect Rasulullah is .
Jadi, kita yang sedar akan dosa-dosa yang kita dah buat tu. 
Kena usaha .
Usaha untuk dapat Mardhatillah. 
Yakni redha ALLAH. 
Tidak ada apa yang lagi bermakna melainkan redha Allah. 

Jom Hijrah !
From Jahiliah to Jannah!

Wallahu ta'ala a'lam. 




No comments:

Post a Comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️