Wednesday, 28 October 2015

Kisah Benar Gadis Berniqab.


KISAH BENAR SEORANG GADIS BERPURDAH ( Niqabis )

"Solehah? Layakkah?"

Aku seorang Niqabis. Yea, memakai pakaian para isteri Rasulullah ini membuatkan diri aku rasa disanjungi. Twitter, facebook dan instagram merupakan tempat aku menjadi solehah. Setiap kali aku memakai pakaian ini, aku akan mengambil sekurang kurangnya satu gambar untuk dimuat naik ke laman-laman sosial yang aku sebutkan tadi. Yang paling 'lejen' sekali dekat instagram. Setiap hari, boleh dikatakan satu gambar aku upload. Ya, niat aku untuk meraih pujian.

"Subhanallah, moga istiqomah.."'

"Semoga menjadi wanita yang solehah yaa.."

"Cantiknya ciptaan Tuhan.." 

Komen komen sebegini daripada umum membutkan aku ingin memuat naik lebih banyak gambar aku yang berniqab. Aku suka dipuji. Lumrah wanita inginkan perhatian. Semakin hari, semakin ramai followers aku. Daripada 10, jadi 100. Daripada 100, jadi seribu. Dan sekarang, lebih kurang 30,000 yang follow aku. Yeah. Dengan menggunakan title solehah, aku dapat pujian. Dengan title Solehah, aku dapat raih followers. Aku rasa bangga. Rasa diri mulia. Tapi sebenarnya, disebalik niqab yang aku pakai, hubungan aku dengan Tuhan sangat renggang. Solat 5 waktu tunggang langgang, Qiamullail lagilah jarang. Yang membuatkan diri aku mulia cumalah secebis kain hitam jarang, yang sentiasa menutup separuh wajahku supaya gelaran Solehah dapatku julang.

Benar. Aku tahu yang aku buat ini salah. Aku pernah nekad nak berubah, tapi payah. Aku rasa bahagia hidup sebegini. Di puji rakan sendiri, direbut ajnabi. Aku rasa seolah olah aku bidadari. Dengan gambar aku yang berniqab dengan caption ala ala Islamik, aku dah rasa aku solehah. Tapi sebenarnya, aku cuma menipu. Menipu diri sendiri, menipu semua orang. Yang lebih teruk, aku munafik kepada Tuhan!

Di Twitter, dengan username aku yang ala ala Islamik dan twitcon aku yang berniqab membuatkan ramai para soleh follow aku. Aku suka macamni. Aku rasa disayangi, disanjung. Rasa semua sayang aku. Tapi aku lupa, Aku hilang kasih sayang daripada Allah!

Satu hari, seorang si fulan ni (lelaki) yang lengkap berpakaian Sunnah, follow aku. Kacak! Aku suka. Aku DM dia. Lebih kurang begini perbualan kami;

"Assalamu'alaikum akhi. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf?"

"Wa'alaikumussalam ukhti. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf? enti dulu la. Ladies first kan?"

Bermula dengan conversation yang pendek itu, sekarang aku milik dia, dan dia milik aku. Nikah? confirmlah tidak. Kami couple Islamik. Katanya boleh, dengan tujuan nak bernikah. Tapi waktu ni, umur aku baru menjangkau 16 tahun. Aku tahu, banyak lagi yang perlu aku lalui, tapi entah. Aku sayang dia. Dengan gaya dia yang ala ala Soleh, berjubah berserban ber rida' bagai, aku jatuh cinta.

Dia minta number telefon aku. Sepantas kilat, aku bagi. Malam tu, lepas online twitter, dalam pukul 10.15, ada mesej masuk. Number yang aku tak kenal, tapi aku dapat agak siapa pengirimnya.

"Assalamu'alaikum Cinta."

Tersenyum sampai ketelinga selepas aku membuka isi mesej itu. Start malam itu, kami mula mesej. Pada mulanya, cuma mesej. Lama selepas itu, bermulalah sesi OTP (on the phone) pulak. Paling sekejap OTP pun boleh dikatakan 2 jam. Tak pernah yang sekejap. Waktu tu, memang dah lupa Allah. Lupa segala galanya. Yang ada, cuma dia.

Sampai satu malam.. aku tertidur. Mimpi yang aneh, aku dapat. Mungkin teguran daripada Allah, ataupun cuma mimpi biasa. Aku tak pasti. Aku lihat dalam mimpi tu, ada sebuah taman dan tasik yang Subhanallah, terlalu indah! Ada pepohon hijau yang rendang, tasik yang jernih, binatang yang jinak, rama rama dan sebagainya. Di satu sudut, aku terlihat seorang wanita. Berjubah putih dan bertudung labuh putih sedang berdiri di tepi sebatang pokok. Dia kelihatan ceria. Sangat ceria. Ada nur di wajahnya. Aku dekati dia, Dekat dan dekat. Dia perasan kehadiran aku. Manis senyumannya dilemparkan ke arah aku. Aku rasa bahagia, tenang melihat senyumannya.

Tiba tiba, senyumannya kian pudar. Mukanya nampak takut. Aku tak pasti, dia takut ataupun sedih. Tapi mukanya memang menunjukkan sesuatu yang membuatkannya kurang senang. Aku hairan. Dia terduduk. Tiba tiba, air matanya jatuh. Aku dekati dia, memegang bahunya. Ditepis kuat tangan aku. Aku jadi semakin tidak faham. Apa salah aku?

"Kenapa awak menangis?"

"Pergi! Jangan dekat dengan saya!"

"Tapi kenapa?"

"Busuk..... busuk!!"

Aku tak berapa faham dengan apa yang dia sampaikan. Yang aku tahu, wajahnya sedih bila lihat aku dekat dekat.

Terjaga dari tidur, tubuh aku berpeluh. Aku lihat ada mesej. Hm, dah agak. Daripada 'dia'. 

"Sayang, bangun Tahajjud."

Aku biarkan mesej itu. Aku lihat jam, lebih kurang pukul 2.30 pagi. Aku cuba tidur semula, tapi tak boleh. Mimpi tu tak hilang daripada ingatan aku. Waktu itu, bermacam macam yang aku ingat. Kata kata gadis dalam mimpi aku tadi, sangat terkesan. Dia kata aku busuk. Tapi kenapa?

"Perangai aku busuk?"
"Badan aku busuk?"
"Sifat munafik itu busuk?"

Bermacam macam yang aku ingat. Sunggguh, waktu itu. Aku rasa, akulah yang paling hina. Akulah sehina hina manusia. Munafik!

Pantas. Aku menuju ke bilik air. Air wudhuk ku ambil. Menitis air mata aku waktu itu. Rasanya dah lebih sebulan aku tak berwudhuk. Allah.. Sejadah yang terlipat rapi dalam almari kucari, aku hampar. Sekali lagi, air mata deras jatuh. Allah, kiblat dekat rumah aku ni arah mana? Aku keluar daripada bilik, aku lihat hamparan sejadah di ruangan solat rumah aku, baru aku ingat arah kiblat.

Sejadah aku hampar. Solat taubat dan solat sunat tasbih yang pertama buat diri aku. Sungguh, kali ini baru sebenar benar solat. Juga buat pertama kalinya sebenar benar taubat. Sujud aku lama. Dalam hati, aku berdoa,

"Ya Allah, mudahkanlah penghijrahan aku. Ampunkan dosaku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lalai dan hina."

Selesai solat, aku beristighfar sehingga Subuh. Masuk waktu subuh, terus aku tunaikan kewajipan aku. Seingat aku, inilah subuhku yang pertama buat sekian lamanya. Selalunya, aku akan jaga pukul 12 ke atas kalau hari cuti. Yalah, pada malamnya sibuk berdakwah. Paginya subuh gajah.

Laptop aku gapai. Dah teguhkan niat, semua account media sosial perlu aku delete.

Selesai deacctive kesemuanya, aku rasa bahagia. Rasa bebas. Rasa CintaNya mengalir dalam diri aku.

"Bip bip!"

Bunyi menandakan mesej masuk. Daripada dia.

"Sayang, kenapa tak reply mesej?"

"Sayang awak dah takda. Dia dah mati. Dah kembali kepada Allah. Awak bila lagi? Bertaubatlah. Ajal itu bila bila."

Start daripada itu, dia tak mesej aku dah. Atau lebih tepat, aku block number dia. Mungkin dia juga dah berhijrah. Atau mungkin dah dapat mangsa baru. Aku nak pesan, berjaga jagalah. Aku rasa sekarang dia masih ada lagi dekat twitter tu. Dengan mempamerkan akhlak semulia malaikat, dia mampu membuat solehah terpikat. Selepas dah terpikat, mulalah dia mengorat.

Aku? Alhamdulillah. Sedang mengejar redha Allah.

Pesanan aku yang hina ini kepada semua Muslimah solehah;

Apa tujuan kita tutup aurat? Pakai tudung labuh? Niqab, purdah tu semua? Ya. Sebab sifat malu kita. Malu ditatap ajnabi, malu dilihat ajnabi. Malu bila tubuh badan kita dijamah mata nakal sang buaya. Kalau dah selalu upload dekat media sosial, agak agak macamana? Mata lelaki ni boleh tembus. Tak kiralah purdah ka macamana, dah jenis mata miang, semua tembus. Kejarlah redha Pencipta. Nak kejar cinta yang sia sia? Boleh. Tapi rugi serugi ruginya. Allah dah tetapkan jodoh. Jadi muslimah, biar tak cantik, janji bermaruah.

- Kisah Benar,
Seorang Niqabis hina.

6 comments:

  1. kalau betul ni kisah benar ,, kipidap ,, kadang2 cerita mcm ni yg dpt ubah hidup pembaca ,, sebab hidayah milik Allah .. btw , thanks sbb tulis citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Cerita cerita yang orang lalui tu kita ambil sebagai ibrah untuk jadikan kita lebih baik in shaa Allah :)

      Delete

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️