Wednesday 8 November 2017

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet


Ridhauddin Hariz atau lebih dikenali dengan gelaran Prof Hariz adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia pemasaran internet (internet marketing). Beliau merupakan orang hebat dalam dunia internet marketing terutama di negara kita, Malaysia. Selepas beberapa pencapaian mengagumkan yang ditonjolkan oleh beliau, beliau kini berkhidmat di sebuah syarikat insuran yang dikenali dengan nama PolicyStreet. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perihal diri Prof Hariz dan apa yang beliau ungguli masa kini, anda boleh teruskan membaca artikel ini sehingga selesai. Semestinya anda tidak akan menyesal apabila anda telah benar-benar mengenali Prof Hariz dan kerjaya beliau. 





[Ridhauddin Hariz atau lebih dikenali dengan gelaran Prof Hariz]

TAKRIF PEMASARAN INTERNET (INTERNET MARKETING)

Pemasaran Online adalah pemasaran secara online yang dilakukan melalui sistem komputer online interaktif yang  menghubungkan pelanggan dengan penjual secara elektronik dengan menggunakan medium yang sesuai seperti facebook, twitter, blog, instagram dan sebagainya bagi mempromosikan sesuatu perkhidmatan atau sesuatu barangan kepada pengguna dengan lebih efektif, pantas dan semestinya murah. Hal ini kerana medium yang digunakan tidak perlu dibayar dan boleh mendaftar secara percuma. Jadi, semua individu semestinya mempunyai peluang yang luas untuk menjalankan pemasaran secara atas talian. 

[Gambaran umum pemasaran online]

KENALI PROF HARIZ PAKAR PEMASARAN ONLINE MALAYSIA 

Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. Akan tetapi, ujian tersebut langsung tidak mematah semangat beliau untuk terus mengorak langkah malah, hal ini telah menjadikan beliau seorang individu yang bermotivasi dan tabah dalam menjalani kehidupan sehingga ke hari ini. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian dengan lebih serius. 

Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources iaitu bermula daripada tahun 2014, dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. ‘Funnel Marketing’ atau Pemasaran Corong adalah salah satu teknik pemasaran online. Teknik ini membantu dari segi menukarkan dari Strangers kepada CustomersIa juga boleh membantu kita untuk mempengaruhi pelanggan kita di setiap peringkat. Sebagai contoh, email susulan atau bagi review yang positif. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran atas talian.


[Laman sesawang PHProjectBase Resources] 

Syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad tertarik dengan Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan syarikat hebat tersebut telah melamar Prof Hariz pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

prof-hariz-internet-marketing-by-policystreet

[Semasa berkhidmat di Exabytes]

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggungjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Pencapaian ini bukan sahaja dibanggakan oleh keluarga mahupun rakan sejawat, tetapi turut membanggakan rakyat Malaysia kerana mempunyai mutiara yang bernilai seperti Prof Hariz. 

KEJAYAAN BERHARGA PROF HARIZ 

1. Prof Hariz telah menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online. 

2. Beliau juga turut mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA.

3. Selain itu, beliau juga menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat.

4. Bukan itu sahaja, Prof Hariz juga berjaya menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:

- Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai,pada Mac 2015
- Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
- Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
- Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

5. Beliau juga turut bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog. 

6. Seterusnya belaiu juga menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten. 

7. Belliau turut ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.


PERKHIDMATAN PROF HARIZ TERBAIK MALAYSIA 

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  1. Marketing di Google
  2. Personal coaching Zero Marketing to Hero
  3. Funnel Marketing
  4. Review
prof-hariz-internet-marketing-by-policystreet
[Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan Prof Hariz]

Bagi sesiapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.


Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

PROF HARIZ INTERNET MARKETING MALAYSIA BY POLICYSTREET

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 

TENTANG POLICYSTREET 



PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :

  1. Insurans Perubatan
  2. Diabetes
  3. Kanser
  4. Kehidupan yang mampu
  5. Tulang belakang
  6. Bantuan jalan raya jangka pendek
  7. Peralatan musik
  8. Perbehentian kerja


Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :

  1. Keracunan makanan
  2. Kerosakan rambut
  3. Sewaan
  4. Berbasikal
  5. Keracunan alkohol
  6. Menonton
  7. Mendaki
  8. Penyewa
  9. Perlawanan bolasepak
  10. Cinta
  11. Peralatan musik
  12. Perkahwinan
  13. Majlis pengebumian

JANGAN LEPASKAN PELUANG. DAPATKAN SEGERA INSURAN POLICYSTREET

Apakah yang anda fikirkan? Setelah menyelesaikan bacaan tentang artikel ini, sudah pasti di benak fikiran anda mendapati bahawa insuran PolicyStreet ini sangat bermanfaat untuk anda pada masa kini dan masa hadapan bukan? Tambahan pula, kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi di kemudian hari. Selain itu, terdapat juga hadis dari Rasulullah SAW yang termaktub dalam kitab Sahih Bukhari yang mengatakan "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari). Jadi, PolicyStreet merupakan wasilah yang sangat sesuai untuk kita supaya kehidupan kita akan lebih terjamin. Jangan ragu lagi, cepat hubungi PolicyStreet segera! Segera bertindak sebelum terlambat. 


Contest Cash RM1100 by PH x Emas Putih di Sponser Oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila rujuk disini "



Sekian. 

13 comments:

  1. Goodluck !

    Jemput join ;)
    https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Yeke. Hebat kan beliau. Allah kurniakan beliau kehebatan dalam bidang marketing. Syukur

      Delete
  3. so inspiring kan. singgah sini dr segmen yg sama

    ReplyDelete
  4. hye..LN dari GA yang sama..good luck dear
    http://leylanurjatiey.blogspot.my/2017/11/prof-hariz-internet-marketing-by.html

    ReplyDelete

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️