Thursday 10 November 2016

Kawan tikam-menikam, bunuh-membunuh

Dalam bersahabat, bukan selamanya indah. 
Sahabat juga ada saat suka dan duka. 
Saat suka bila sama sama berjaya. 
Saat duka bila salah seorang lara. 
Tapi sebenarnya, untuk mencari sahabat adalah sangat susah. 
Yang senang dicari hanyalah kawan. 
Ulang suara. 
KAWAN. 
Kawan, sangat senang nak dapat. Petik jari, sepuluh datang. 
Kawan. Tak sama dengan sahabat. 
Sahabat tidak akan sama sekali tikam belakang kawan dia. 
Sahabat tidak akan membiarkan kawannya terluka. 
Sahabat akan selalu cakna antara satu sama lain. 
Sahabat ada keinginan untuk berjaya bersama. 
Dicubit paha kanan, paha kiri terasa. 
Itu sahabat. 
Sahabat kerana Allah takkan berlaku khianat. 
Sahabat kerana Allah takkan berlaku tikam menikam. 
Bunuh membunuh. 
Tidak. 
Tapi sekarang. Ramai kawan. Sangat ramai. 
Tapi yang cakna akan kita hanya siapa?
Ada? 
Susah nak jumpa. 
Paling paling tidak, kita sendiri yang kena cakna dengan diri sendiri. 
Takkan ada 'orang luar' yang boleh kita harapkan untuk cakna tentang kita. 
Kalau kita berharap orang cakna tentang kita, kelak kita yang kecewa sendiri. 

Jadi, jom bersahabat kerana Allah. 
Baru terasa kemanisan ukhuwah :') 


No comments:

Post a Comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️