Saturday, 18 November 2017

Blog Hop! Giveaway by Yasmin Aris



Tekan banner kat atas untuk join :)


Ayah inspirasiku. 
Sayang seorang ayah pada anak dia, lain tau
Tak sama dengan sayang ibu pada anak dia

Ayah ni walaupun dia garang
Tapi, garangnya tu tanda sayang
Tengkingnya tu, kedengaran kasar tapi itulah luahan sayang dia, seorang ayah

Lelaki.
Mungkin disebabkan ego seorang lelaki. 
Allah dah cipta fitrahnya begitu. 
Insan bernama ayah ni, 
Jarang sekali nak usap kepala kita. 
Cium pipi kita.
Semua tu ibu yang buat. 
Sayang dia pada anak, 
Jarang dia nak tunjuk. 
Tapi, ayah ada cara menyayangi kita. 

Kalau doakan kita, dialah yang bersungguh-sungguh. 
Kalau kita sakit, dialah yang berkejaran hantar ke hospital.
Terzahirnya cinta ayah mungkin bukan dengan kata-kata
Bukan dengan ucapan "ayah sayang anak ayah"
Tapi, seorang ayah menzahirkan sayang dia dengan perbuatan. 

*********

Tapi, azy ceritakan sedikit pengalaman azy dengan ayah, Zulkifli bin Ahmad. 
Ayah sangat-sangat supportive. Ayah tak pernah marah azy adik beradik. Ayah mendidik kami adik beradik bukan dengan kekasaran. Tapi ada kalanya emosi ayah terganggu, adalah serba sedikit marahnya tu. Tapi tak melampau. Azy lebih rapat dengan ayah banding ibu. Sebab azy banyak habiskan masa dengan ayah. Ayah yang hantar pergi sekolah. Ambik Azy dari sekolah. Jadi masa kami bersama lebih banyak. Dalam perjalanan balik sekolah tu, Azy ambik peluang tu untuk bercerita dan terus bercerita. Perjalanan jauh sekolah tu dengan rumah buatkan masa kami bersama makin banyak dan makin banyak cerita Azy boleh cerita. Bercerita tu kira satu rutin. Start naik kereta sampailah dah sampai kat rumah, Azy cerita ja. Semua benda Azy cerita kat ayah. Takde yang keciciran satu pun. Bonding kami berdua lagi rapatlah kiranya. 
Sekarang, bila dah masuk ke IPG. Rutin tu tak dapat dijalankan macam biasa. Rasa kehilangan dan rasa kosong. Bila berjauhan ni macam biasalah. Takde lagi susuk tubuh ibu ayah untuk dipeluk cium. Tiada lagi ciuman suam ibu ayah kat pipi. Tiada lagi tangan untuk disalami. Sedih. Tapi perjuangan menuntut ilmu perlu diteruskan walau apa jua sekalipun. Tanak tulis panjang-panjang. Kang ada pulak yang nangis. Seketul azy memang menulis dengan hati. Jadi, air mata tu senang keluar. haha
Jadi, itulah inspirasi sampai aku mampu gagah berdiri sehingga kini :') 

Jom sama-sama doakan ibu ayah kita dipanjangkan umur dalam payungan rahmat Allah dan dikurniakan Syurga. Allahumma Aamiin