Monday 9 December 2013

Konsep Berhias Bagi Wanita

 
 
 
Setelah sekian lama menyepi , hari ni tergerak hati untuk update blog . Allahu . :') 
 
Tak mau membebel panjang-panjang . Just straight to the point . Moga post kali ni bermanfaat . 
 
Bismillahirrahmaanirrahim . 
 
Islam itu indah dan langsung tidak menghalang keelokan dan kecantikan seseorang wanita atau muslimah . 
Sesape je boleh mengaplikasikan unsur keindahan yang dianjurkan oleh agama kita , Islam dalam kehidupan . Tapi , ada syaratnya . Ape syaratnya ? 
 
Okay ! Syaratnya , jangan mencemari keelokan dan kecantikan itu dengan something yang jijik dan kotor yakni jangan cemarinya dengan apa-apa perbuatan yang melanggar batasan syariat yang telah digariskan oleh Islam . 
 
Ramai muslimah yang kurang mendalami hal ini sebenarnya . Hal macam ni dianggap mudah bagi mereka .

Muslimah - muslimahku sayang , 

kamu boleh berhias , tapi ... 

  • Pakaian kamu tak boleh terlalu nipis sehingga menampakkan warna kulit 
  • Kamu tak boleh menutup rambut sahaja , tapi kamu kena tutup seluruh badan kamu kecuali kedua tapak tangan dan muka sahaja .
  • Pakaian kamu tak boleh ketat sehingga nampal susuk badan kamu . 
  • Kamu tak boleh pakai wangi-wangian atau perfume secara berlebih lebihan . Pakai perfume hanya untuk keperluan kamu dan bukan dengan niat untuk menarik perhatian lelaki . 
 Kalau sekarang , kamu berhias dan berpakaian tidak seperti yang dituntut syarak . Ubahlah . InsyaALLAH usaha kamu akan mendapat redha ALLAH . Sesungguhnya hidup kita , bukan untuk mengejar keredhaan manusia tapi keredhaan ALLAH yang kita kejari . Wallahua'lam :)

No comments:

Post a Comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️