Friday, 23 November 2012

Andai Rasulullah Masih Ada .. ^_^


Andai Rasulullah masih ada ..
Inginku hidu wangian tubuhnya yang tiada tandingan ..
Andai dirinya masih ada ..
Ingin ku tatapi wajah kurniaan rabb yang berseri bersulamkan nur iman ..
Andai diri Baginda masih ada .. 
Ingin aku dengar dirinya berbicara tentang Islam agamanya ..
Sungguh ! Kata-katanya pasti menyelusuri qalbu si pendengar ..
Andai dirinya masih di zaman ini .. 
Ingin aku lihat Baginda ketawa ..
Ketawa yang bertemankan gigi hadapannya yang suci 
tanpa sebarang suara melantun keluar dari rongga mulutnya ...
Andai Baginda masih ada ..
Ingin aku lihat dirinya menangis dalam kalungan doa .. 
Bertemankan sang air mata yang suci dan jernih yang hadir dari hatinya yang murni ..


# Sesungguhnya air mata yang jatuh menyembah bumi kerana rabbnya adalah lebih bernilai dari segunung mutiara # 


*Ikhlas dari hati Azy yang merindui Baginda Rasulullah S.A.W* 

No comments:

Post a comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️