Wednesday 28 November 2012

#Muqaddimah# Pagari Bunga Keimanan Dengan Rasa Malu




Pernahkah kamu dengar ucapan sebegini ? 
" Ini kan fesyen , kenapa harus malu untuk berpakaian sebegini ?"
"Ini kan budaya . Kenapa harus malu untuk peluk kekasih sendiri ?" 

Mungkin kita pernah menonton rancangan realiti di kaca televisyen yang hanya memerlukan pesertanya melompat dan terkinja-kinja di atas pentas sambil mendedahkan aurat . Dan kita juga mungkin meminati artis-artis dan barisan pelakon yang berpakaian seksi atau mendedahkan aurat bukan ? Kita juga mungkin memuji kehebatan suara mereka sedangkan suara itu aurat bagi kaum wanita . Tahukah kita dosa apa yang telah mereka lakukan ? Tahukah kita yang mereka sedang mengajar kita untuk mencabut rasa malu dan membuang maruah diri sendiri ? 

Kasar untuk dikatakan di sini . Awas ! jangan sesekali kita bersubahat dengan orang yang mahu mencabut iman dari hati kita . Ini semua adalah perangkap iman dan pembunuh rasa malu . 

Jadi , sama-samalah kita berwaspada dengan apa yang kita lihat . Hampir kesemua hiburan masa kini cuba untuk membuang rasa malu dari diri kita . Sekali perasaan malu hilang , pintu syurga barangkali akan tertutup buat kita . Kenapa Azy berani berkata demikian ? 

Akan Azy huraikan sedikit sebanyak pada entri yang berikutnya . Sebarang komen dan pendapat serta teguran dari para blogger amat Azy alu-alukan . 

Assalamualaikum . 
 

No comments:

Post a Comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️