Wednesday 28 November 2012

Pagari Bunga Keimanan Dengan Rasa Malu #Part 2


Sambungan .. 


Kenapa Azy berani mengatakan yang orang yang tak ada rasa malu dalam dirinya tidak akan menjejakkan kakinya ke syurga ?

Jawapannya ialah .. Kerana syurga itu akan dihuni oleh pemilik iman . Sedangkan iman ibarat bunga yang terancam dan pagarnya adalah sifat malu . Tanpa pagar , iman itu akan rosak . Dan semua orang tahu kan ? Manusia yang tidak ada rasa malu dalam dirinya akan  mendapat celaka atau azab di akhirat kelak . Pada masa kini , zaman yang penuh dengan fitnah dan telah menghanyutkan berjuta ummat Muhammad S.A.W , amat-amat memerlukan pagar yang kukuh bagi memagari dan melindungi iman dari perkara mazmumah itu . 

Lemahnya iman disebabkan sifat malu yang tersangat rapuh di dada manusia seperti kita . Terutama sekali golongan wanita . Kenapa ? Kerana golongan wanita mudah tertipu dengan fitnah dunia . Pernah sekali Rasulullah bersabda : " Aku melihat ke dalam syurga , maka aku melihat kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fakir dan aku melihat ke dalam neraka , dan aku mendapati kebanyakan penghuninya adalah wanita " . Mesti pembaca tertanya-tanya kenapa kebanyakan dari wanita menjadi penghuni neraka kan ? Hal ini kerana , penyebab sedikitnya bilangan kaum wanita di syurga adalah hawa nafsu pada diri mereka , cenderung kepada kesenangan dunia , dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kemewahan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal ibadah . [penjelasan dari Imam Qurthubi] .. 

Wallahua'lam .. ^_^ 


*Azy baca dari satu majalah dan cuba untuk huraikan sedikit sebanyak .. Jika ada sebarang kesilapan , harap dimaafkan* 

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Yamg Maha Esa dan yang kurang itu datangnya dari diri ini sendiri . 

No comments:

Post a Comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️