Monday 2 November 2015

Sebenar-benar CRUSH

Macam mana nak stop ada crush ? 
Menjadi tanda tanya. Mungkin ada antara kita yang nak berubah tapi tak tahu macam mana. 
Okay . Jom baca entry ni sampai habis . In shaa Allah boleh sedikit sebanyak membantu. 
Caranya ialah : 
Dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai crush kita . 
Easy right ? Biarkan baginda sahaja yang bertakhta di hati kamu . Biarkan baginda menjadi ranking #1 dalam hati kamu. 
Macam mana nak jadikan Nabi Muhammad tu sebagai ranking pertama dalam hati ? 
The ways are, banyakkan membaca kisah-kisah dan sirah-sirah Nabi Muhammad. Banyakkan ambil tahu mengenai kesempurnaan Nabi kita Muhammad bin Abdullah. 
Ambil tahu tentang baginda, seperti mana kita nak ambil tahu tentang orang yang kita sayang. Kalau dah sayang, kita rela buat apa apa je kan? Haa macam tu jugak untuk kita nak jadikan Nabi kita sebagai crush. Banyakkan baca cerita-cerita yang gambarkan kebaikan dan kesempurnaan Nabi. 
Kalaulah kamu kata, kamu suka artis artis yang kacak lawa handsome gorgeous tu, you must know yang Nabi kita ialah seorang yang ter sangat paling terlalu kacak! Tiada tandingan .
Seperti yang kita tahu, Nabi Yusuf kelebihan baginda ialah dikurniakan kekacakan yang amat. Ke-handsome-an yang superb , sampaikan perempuan perempuan yang sedang melihat baginda tidak sedar bahawa mereka telah terpotong jari sendiri. Ouchh . Sakit ! Tapi sakit tu tak terasa disebabkan terpesona dan tertarik dengan kekacakan Nabi Yusuf. 
Itu baru Nabi Yusuf, Nabi kita Muhammad SAW lebih lebih lagi . 
Kalau nak tahu, kekacakan Nabi Yusuf tu hanya satu per empat sahaja daripada kekacakan Nabi Muhammad. 
Wait. Kenal buah oren? Kita potong kepada empat bahagian . Nisbah kekacakan Nabi Yusuf hanya 1 bahagian buah oren datipada 4 bahagian buah oren tu. MashaAllah tabaarakallah! 
Nabi Muhammad sangat kacak. Tersangat kacak. Kalau kita kumpulkan semua artis artis yang dianggap handsome tu dari seluruh dunia sekalipun takkan dapat tandingi kekacakan baginda. 
Sudah jatuh cinta dengan Nabi Muhammad ? Dah crush dengan baginda ? 
So, dapat disimpulkan di sini bila kita crush dengan baginda, secara automatiknya kita akan meletakkan Nabi Muhammad SAW di tempat yang sebetulnya yakni tempat pertama di hati kita. 
Buang crush kamu yang sekarang jauh jauh! 
Gantikan dengan Nabi kita Muhammad SAW. 
Wallahu ta'ala a'lam. 
Moga Allah redha ! 

No comments:

Post a Comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️