Tuesday, 12 April 2016

Sajak: Bahasa Bangsa


Bahasa Bangsa 
Oleh: Azyyati Zulkifli

Bahasa boleh menunjuk
Bahasa juga boleh memujuk
Boleh juga menunujuk ajar
Juga boleh kepalang ajar

Bahasa itu terbina 
Dalam susun kata indah
Susun aturnya elok dan kemas
Bahasa itu satu keindahan
Yang boleh diungkap melalui 
Orang yang tahu menghargai

Bahasa terbina dalam akal
Terucap dalam kalam
Terhurai dalam kata

Namun dalam indah bahasa
Musnah juga bahasa 
Angkara manusia durjana
Lidah bercabang dua
Segala indah bertukar nista
Binasalah anggota seluruh badan. 

No comments:

Post a comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️