Friday, 17 June 2016

Jalan Hijrah


Bismillah 
Salam Ramadhan 
Harini dah 13 Ramadhan
Sama-samalah kita pertingkatkan amal, mengurangkan lagha

Jalan Hijrah 
Bukan mudah
Tidak semudah yang disangka 
Dari freehair kepada bertudung
Dari berbaju ketat kepada longgar
Dari tidak berstokin kepada berstokin 
Dari tidak berhandsock kepada berhandsock
Dari huhahuha kepada sopan 
Dari tinggal solat kepada solat penuh 
Nak cerita semua memang banyak 

Nampak mudah. Tapi tidak mudah bagi orang yang melalui fasa ni. 
Fasa perubahan ni kita boleh kata macam fasa yang penuh onak duri.
Sakit, Perih. 

Sebab tu, susah bagi orang yang pintu hati dia diketuk hidayah untuk terus berubah. 
Sebab dalam kepala dia, banyak sangat perkara yang dia fikir.
Terlalu banyak implikasi yang datang terjah otak dia. 

"Kalau aku bertudung nanti, ada orang perli kata warak pulak"
"Kalau aku pakai tudung labuh nanti kawan kawan aku makin jauh dari aku"

Itu semua sebab mereka sukar untuk berhijrah. 
Kita yang tak rasa memang boleh kata. 

"Elehh takyah lah fikir sangat, kawan boleh cari lain"

Tapi bagi mereka, kawan mereka tu lah yang susah senang bersama. 
Susah kan? 

Kalau aku jadi mereka. Aku pun begitu. 

Jadi, kalau ada kawan kawan kita yang baru berhijrah. 
Hargailah. 
Sebab dia kuat lawan segala bisikan jahat. 
Dia berani ambik risiko hilang kawan atau sebagainya. 
Tugas kita, tolong kuatkan dia. 
Jangan sampai hati dia rasa nak kembali pada keadaan dia yang asal. :)

Jumpa next time^^


No comments:

Post a comment

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️