Thursday, 28 July 2016

Dihempap!


Nikmatnya bila kau diuji. 
Saat diuji, kau rasa kau dah tak perlu sesiapa. 
Hanya kau dan Allah. 
Waktu tu, kau akan cari Dia. 
Kau dah tak fikir pertolongan manusia melainkan pertolongan Dia. 

Doa kau akan lebih ikhlas. 
Doa yang kau panjat tu akan lebih sungguh-sungguh. 
Kau akan menangis. 
Kau akan meratap. 
Kau akan luah sepenuh rasa. 
Waktu tu, kau luah segalanya pada Dia. 
Ketika tu, air mata yang mengalir adalah air mata penuh keikhlasan. 

Doaku sentiasa buatmu ibu :') 

1 comment:

Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️