Iklan barang letak gambar perempuan
Iklan barang letak gambar perempuan
Saya tak faham kenapa iklan barang nak kena bubuh gambar perempuan?
Tak kiralah berpurdah atau pun tidak.
Bahkan lebih keji menghalalkan eksploitasi wanita mengunakan agama.
Dengan menambah 'sehelai kain di muka' terus menjadi halal?
Allah Ta’ala berfirman,
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (An-Nur : 30).
Dalam hadis riwayat Muslim baginda salallahualaihiwassalam menyebut;
فالعينان زناهما النظر
Dan mata itu juga berzina, iaitu dengan melihat.
# Tidak cukupkah berniaga barangan sehingga perlu dilibatkan wanita sebagai model dan dipergunakan bagi melariskan barangan?
Meletak gambar wanita (baik purdah atau tidak) supaya menjadi tarikan itu sudah menjadi kesalahan!
No comments:
Post a Comment
Haa komenlah ! Tak nak komen satu, komen dua pun boleh ☺️